'Siapa Diana?' itulah persoalan misteri yang bermain di fikiran setiap wanita sama ada bergelar kekasih, tunang ataupun isteri yang kini trending di laman sosial. Misteri 'Siapa Diana' ini dicetuskan oleh seorang pengguna Twitter, Izizree Zulkefli, yang berkongsikan akan sifat semulajadi wanita yang tidak memberikan fokus pada apa yang berlaku pada pasangan mereka. "You, I eksiden patah kaki, putus jari, bocor hati, Diana hantar pergi ke Hospital," kata si lelaki. "Siapa Diana?" persoalan pertama yang terpacul dari si isteri/tunang/kekasih. Berikutan itu, ramai lelaki yang telah membuat ujikaji ini terhadap pasangan masing-masing dan hasilnya, hampir 99% yang memberikan respon yang sama, 'Siapa Diana?'. Persoalan spontan dari kalangan wanita ini juga membuktikan bahawa mereka amat pantang jika lelaki yang dicintai itu didekati oleh wanita lain sehingga membuatkan mereka hilang fokus terhadap kesusahan yang dialami oleh mangsa. ...