Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Gosip Artis Luar

[VIDEO] MODEL GUNA BURQA SEMBUNYIKAN PEMBEDAHAN PLASTIK..??

Wanita yang didakwa Gisele Bundchen. SEORANG model popular dituduh menggunakan persalinan Islam, burqa untuk menyembunyikan pembedahan plastik yang dialaminya di Paris, 15 Julai lepas. Menurut laporan Business Standard, Gisele Bundchen yang memakai burqa keluar dari sebuah kereta mewah yang dipandu oleh pemandunya. "Pemandu Bundchen mudah dikenali di sini," kata seorang saksi, dipetik dari US Magazine. Bundchen bersama seorang lagi wanita yang juga memakai burqa kemudian memasuki sebuah klinik swasta. Salah seorang wanita tersebut membawa beg sandang yang sama jenis dengan beg yang dipakai oleh Rafaela, adik Bundchen ketika berada di lapangan terbang Charles de Gaulle, seminggu sebelum itu. Akhbar tempatan, The Post pula mengatakan bahawa adik-beradik tersebut pergi ke spa luxe Le Sources de Caudalie selepas itu. Bundchen bagaimanapun tidak memberikan sebarang respon kepada laporan tersebut, manakala klinik berkenaan juga tidak memberikan sebarang komen.

Gambar Nikita Willy Masuk Dalam Masjid Dengan Pakaian Menjolok Mata

Kecoh!!! itulah yang berlaku apabila Nikita Willy dan ratusan orang yang hadir pada malam akad nikah Olla Ramlan dan Aufar di Masjid Kubah Emas cinere Depok Bintang sinetron 'Putri Yang Ditukar' itu datang dengan berpakaian seksi dengan bahagian bahunya terdedah. Penampilan Niki sangat menjolok mata dan menyebabkan kaum lelaki terangsang sangat teruk jika dibandingkan dengan tetamu wanita yang lain yang mengenakan pakaian tertutup, maklumlah di masjid.Niki mengaku agak terkeliru memilih pakaian, lantas memberi alasan tersalah pilih kostum. "Iya kemarin bingung pakai kostum apa. Terus pakai kostum yang ada aja," katanya kepada wartawan.    Gaun yang dipakai Nikita ketika hadir di masjib berkenaan. Namun begitu, Niki tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu secara serius. Beliau cuba bersikap tenang dan percaya dengan penampilannya pada malam itu."Biasakan kalau pesta perkawinan malam ya, makanya aku pakai kayak gini. Biarin aja deh, cuek aja,”

Miley Cyrus Dedah Diri Biseksual Ketika Berumur 14 Tahun

MASIH lagi hangat menjadi bualan, gambar terbaru Miley Cyrus yang tampil berbogel untuk majalah Paper kini menjadi perbandingan dengan bintang sensasi yang juga pernah berbogel untuk majalah itu, Kim Kardashian. Mungkin Kim Kardashian jauh lebih seksi dengan potongan badan yang mantap, namun kehadiran Miley dalam majalah sensasi itu lebih unik dengan warna-warni yang ada pada tubuh badannya. Tidak cukup dengan gambar sensasinya, Miley menghangatkan lagi keadaan dengan membuat pendedahan mengenai identitinya sebagai seorang biseksual kepada ibunya ketika berumur 14 tahun. Dia memberitahu ibunya perkara itu semasa dia masih lagi terkenal dan popular sebagai Hannah Montana. “Saya masih ingat, saya beritahunya mengenai perasaan saya terhadap perempuan sangat berbeza. Dia tanya apa maksud saya dan saya cakap saya suka perempuan sama seperti saya suka lelaki. “Ianya sangat sukar untuk ibu saya faham dan dia tidak mahu saya dikritik dan tidak mahu saya ke neraka namun saya meminta dia u

Miley Cyrus Berpacaran Dengan Model Victoria Secret?

BARU sahaja mendedahkan identiti dirinya sebagai seorang biseksual, Miley Cyrus kini dikhabarkan sedang berpacaran dengan salah seorang model Victoria Secret, Stella Maxwell. Menurut sumber, hal itu disahkan sendiri oleh rakan kepada Miley yang menyatakan mereka berdua kini sedang berpacaran. Mereka berdua juga kini kerap kelihatan berdua-duaan sejak Miley putus cinta dengan bekas teman lelakinya, Patrick Schwarzenegger pada Mac lalu. Awal bulan ini juga Miley ada memuat naik gambarnya bersama Stella yang telah diubahsuai oleh peminatnya yang menunjukkan keintiman mereka berdua. Sebelum ini Miley pernah mendedahkan identiti dirinya sebagai seorang biseksual menerusi majalah hiburan Paper edisi terbaru. – MYNEWSHUB.CC

Miley Cyrus Belanja Peminat Gambar Bogelnya Lagi

Miley kembali mencetuskan sensasi di kalangan peminatnya apabila tampil berbogel sepenuhnya ketika sedang bercuti di sebuah pantai, baru-baru ini. BERTELANJANG bulat dan berbogel untuk tontonan umum bukanlah satu frasa baharu dalam kehidupan penyanyi Miley Cyrus. Terbaharu, Miley kembali mencetuskan sensasi di kalangan peminatnya apabila tampil berbogel sepenuhnya ketika sedang bercuti di sebuah pantai, baru-baru ini. Bergaya sambil tangan sebelah kirinya memegang kepala, Miley menulis, “stay fun or be lame #turntmermaid.” Miley bagaimanapun menapis foto bogelnya itu dengan meletakkan sticker di bahagian-bahagian sensitif terbabit. Penyanyi berusia 23 tahun itu sebelum ini membuat pengakuan dia merupakan seorang biseksual dan kini sedang bercinta dengan model kelahiran New Zealand, Stella Maxwell. – MYNEWSHUB.CC Baca :  Miley Cyrus Dedah Diri Biseksual Ketika Berumur 14 Tahun Baca :  Miley Cyrus Berpacaran Dengan Model Victoria Secret? Miley Cyrus Comple

Rakan Curi 7 Buah Kereta Mewah Mendiang Paul Walker.

Seorang kenalan bintang Fast & Furious, Paul Walker telah mencuri tujuh buah kereta mewah milik mendiang. Pihak pengurusan harta peninggalan Paul mengambil tindakan undang-undang terhadap Richard Taylor kerana didakwa mengeluarkan kereta-kereta tersebut dari tempat simpanan secara haram. Taylor didakwa melakukan perbuatan tersebut kurang dari 24 jam selepas kematian Paul dalam kemalangan. Paul meninggalkan 30 buah kereta dan antara yang dicuri Taylor ialah model Porshe GT3 RS, BMW M3, Crown Victoria, GMC truck dan tiga lagi. Tuduhan difailkan di Mahkamah Los Angeles dan peguam memberitahu, Taylor sengaja mencuri dan menyembunyikan lokasi kenderaan tersebut dengan tujuan menjadikan kesemua kereta milik itu peribadi. “Taylor juga disaman kerana enggan memulangkan kereta yang ‘diambilnya’ kerana bertujuan untuk mendapatkan wang atau pertukaran lain. “Dia berniat jahat demi kepentingan diri sendiri,” kata peguam yang mewakili keluarga Paul. Paul Walker meninggal du

Disneyland Ditutup Untuk Sambut Hari Jadi Anak Kim Kardashian

BERTUAH sungguh North West kerana bukan sahaja memiliki ibu bapa yang terkenal malah sangat mengasihi dirinya. Kalau korang tahu, tidak lama lagi anak kepada pasangaan selebriti terkenal, Kim Kardashian dan Kanye West ini bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 2 tahun pada 15 Jun ini. Dengar cerita, sambutan hari jadi ini dijangka lebih meriah daripada sebelumnya kerana North akan diraikan dalam satu majlis tertutup di Disneyland, California. Menurut Us Weekly, Kim dan Kanya merancang untuk mengadakan tema sebuah majlis yang bertema ‘Magic Kingdom Shindig’. Wah, kiranya majlis sambutan hari jadi buat North kali ini dibuat besar-besaran. Kalau ada duit apa salahnya kan? Mungkin, pasangan ini ingin berikan yang terbaik buat North sebelum berkongsi kegembiraan bersama adik barunya kelak (Kim mengandung anak kedua). Apa pun, semoga North gembira dengan sambutan hari jadi yang dilakukan ibu bapanya ini. – MYNEWSHUB.CC

Ashraf Sinclair Minta Orang Ramai Berhenti Hantar Nasihat, Guna Agama

Gambar percutian Ashraf Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari ke Greece baru baru ini rupa rupanya mengundang kritikan ramai apabila ianya dianggap terlalu seksi dan tidak selari dengan apa yang dituntut agama lebih lebih lagi kedua duanya beragama Islam. Ramai yang mengirimkan nasihat dan kritikan melalui ruangan komen di sosial media terutamanya di akaun Instagram kedua dua mereka dengan niat supaya mereka berdua berubah dan tidak lagi mengirimkan gambar seksi serta tidak menutup aurat. Menerusi komen terbaru di Instagram, Ashraf Sinclair telah meminta mereka yang berbuat demikian untuk berhenti kerana apa yang dilakukan adalah untuk dirinya sendiri dan juga meminta untuk semua supaya jangan menyorok di sebalik alasan agama dalam memberikan nasihat. “Guys, stop posting your advice. I don’t know you and you don’t know me. What I do is for me. If you don’t like, don’t or get blocked. This is me asking nice. And don’t hide behind religian. Religion is between you and God,

Enrique Cedera Terkena Bilah Dron Ketika Jayakan Konsert

PENYANYI Enrique Iglesias mengalami kecederaan ringan ketika sedang menjayakan konsertnya di Tijuana, Mexico, semalam. Insiden itu berlaku ketika penyanyi lagu Hero dan Bailamos itu ternampak dron yang membawa kamera berlegar-legar di atasnya, lantas tanpa berfikir panjang Enrique cuba mencapai dron itu namun tak semena-mena tangannya terkena bilah dron terbabit. Wakil penyanyi itu berkata, “Ketika menjayakan persembahan dron digunakan untuk merakam video dan gambar menarik sepanjang konsert itu berlangsung. Kecelakaan berlaku dan dia mengalami sedikit kecederaan.” Walaupun pergelangan tangannya berdarah namun Enrique tetap meneruskan persembahan selepas membalut luka. Inilah baru betul-betul true performer, langsung tak hiraukan kesakitan demi menghiburkan peminat-peminat setia yang sanggup membeli tiket untuk menyaksikan persembahan solonya! Nasib tak teruk kecederaannya kan. – MYNEWSHUB.CC

BERSYUKUR DIKURNIAKAN TUBUH SEKSI, BABY DEDAH RAHSIA TIDUR HARUS BOGEL..

Artis cantik dan seksi Baby Margaretha mengungkapkan rahsia tentang amalan tidurnya. Model majalah dewasa itu mengakui dirinya lebih senang tidur dalam keadaan bogel. "Kalau tidur, saya tidak pakai bra dan seluar dalam. Pakai lingerie aja. Demi kesihatan," ujar Baby, di Kebon Sirih, Jakarta Pusat, Selasa (12/5), seperti dikutip Tabloid Bintang. Baby bersyukur dikurniakan tubuh seks dan mengakui beliau lebih gemar memakai pakaian dalam. Beliau juga mengaku mempunyai koleksi puluhan pakaian dalam. "Iya, dulu koleksi, tapi sekarang sudah tiada. Saya sudah beri kepada orang. Ada 50-an lingerie," ungkap wanita 31 tahun ini. Ketika namanya dikatikan dengan aktiviti pelacuran oleh artis, beliau tegas menafikannya. "Tidak semua model atau artis seksi berperilaku negatif. Kami hanya kerja, di luar itu kan kita biasa aja. Jangan judge kami begitu," katanya.

GAMBAR TANPA SEURAT BENANG PENYANYI INDON DEWI CINTA TERSEBAR..!!

Penyanyi dari negara seberang, Dewi Cinta telah menjadi bahan bualan hangat ketika ini selepas foto seorang wanita bogel yang didakwa mirip penyanyi berkenaan. Menurut laporan detikHot, terdapat beberapa foto tanpa seurat telah tersebar dan diantaranya foto yang menampakkan seorang wanita ‘berpose’ di hadapan cermin di dalam tandas dan satu lagi foto seorang wanita yang dikatakan mirip Dewi dilihat hanya memakai coli berwarna hitam. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga foto bogel Dewi bersama rakannya di tab mandi. Namun pelantun “Main Hati” ini enggan mengulas lanjut tentang foto berkenaan kerana memberitahu bahawa dia masih lagi belum melihat foto yang dikatakan itu. “Saya tak mahu memberi apa-apa kenyataan lagi buat masa sekarang ini,” ujarnya.

PELAKON TERKENAL, SUAMI ISTERI BUAT GANGGUAN SEKSUAL

PENYANYI Robbie Williams dan isterinya, Ayda Field telah disaman oleh bekas pembantu peribadi mereka, Gilles De Bonfilhs di atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa sepanjang dirinya berkhidmat dengan pasangan terbabit. Isteri Robbie didakwa sering berbogel di hadapan Gilles dan sering memintanya memberi komen berkaitan saiz badannya selain berkongsi kehidupan seksnya bersama Robbie. Walau bagaimanapun, peguam bela Robbie menafi sekeras-kerasnya dakwaan tersebut kerana tiada sebarang bukti jelas dan nyata yang dapat memperkuatkan tuduhan bekas pembantu tersebut dan akan melawan perkara itu di mahkamah. Gilles bekerja dengan pasangan terbabit bermula Oktober tahun lalu sehingga Januari lalu, menfailkan saman terhadap kedua-dua Robbie dan isteri walaupun tiada sebarang dakwaan khusus yang dinyatakan dalam tuntutan saman itu. Bekas pembantu berusia 41 tahun itu juga mendakwa dia dipecat secara tiba-tiba oleh Robbie yang didakwa telah melanggar kontrak perjanjian ker

(6 GAMBAR) WOW!! FESYEN MELAMPAU RIHANNA

RIHANNA sudah tidak asing dengan kontroversi. Kali ini, Beliau diberi penghormatan pada Anugerah Icon Fesyen di Majlis tahunan Pereka Fesyen Amerika Syarikat pada hari Isnin lalu. Rihanna berjaya memastikan semua mata memandang ke atas beliau di majlis itu. (6 GAMBAR) WOW!! FESYEN MELAMPAU RIHANNA Penyanyi 'THE DIAMONDS' jadi tarikan kerana memakai dress LUTSINAR dihiasi dengan berlian dengan potongan mengikut bentuk tubuhnya. Dress yang dinamakan "The naughty outfit" - Direka oleh Adam Selman dan terdiri daripada 216,000 jumlah kristal Swarovski. Jom lihat beberapa gambar beliau yang menjadi kontroversi.