Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Info Unik

Unik! Air Terjun Dari Mangkuk Tandas Di China..

Terdapat sebuah karya seni yang agak mengejutkan dan pelik yang boleh ditemui di bandar Foshan di tengah wilayah Guangdong, China. Di situ, pengunjung boleh menyaksikan sebuah air terjun yang dibina menggunakan lebih 10,000 singki dan mangkuk tandas yang dibina pada dinding sepanjang 100 meter dan kira-kira 5 meter tinggi. Air terjun itu pada mulanya direka untuk Pottery and Porcelain Festival yang diadakan di Foshan pada tahun 2009 iaitu sebuah festival perdagangan yang diadakan di bandar tersebut. Namun, akhirnya rekaan itu telah dibina secara kekal sebagai lambang sebuah karya seni umum. Malah, ia adalah salah satu karya seni yang sangat mengagumkan dan boleh ditemui di Taman Shiwan. Air terjun ini telah dicipta oleh seorang artis China, Shu Yong yang telah membinanya bersama pasukannya yang lain. Mereka mengambil masa kira-kira 2 bulan untuk membinanya. Kesemua bahan untuk pembinaannya diperolehi daripada barangan yang tidak lagi digunakan oleh kilang ataupun yang didermaka