Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Info Kemalangan

KERANA ALAS MEJA DUA PELAJAR HILANG NYAWA

Al-Fatihah.. Mesti cikgu pelajar ni rasa serbasalah seumur hidup sebab kejadian ni.. semoga keluarga mangsa dapat menerima.. Keadaan dua motosikal terbabit selepas terlibat dalam kejadian kemalangan di Jalan Pekan, Bandar Tenggara. KOTA TINGGI – Bukan satu tetapi dua. Itulah realiti terpaksa diterima seorang ibu apabila dua anaknya maut dalam kemalangan di Jalan Pekan, Bandar Tenggara, malam kelmarin. Im Rohaini Muslim, 52, berkata, ketika kejadian, kedua anaknya dalam perjalanan ke kedai untuk membeli sampul meja yang diminta oleh guru Muhammad Bahtarim Ahmad, 7, atau lebih mesra dengan panggilan Jebat. Menurut ibu kepada empat orang anak itu, anak keduanya, Muhammad Faiz Ahmad, 18, yang baharu mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menawarkan diri untuk membawa adiknya, Jebat menaiki motosikal untuk ke kedai. “Selesai solat Maghrib, mereka terus menaiki motosikal bapanya untuk ke kedai. Sepatutnya seorang lagi adiknya berusia 12 tahun mahu membonce

SEDIH..!! Bapa Mati Dalam Kemalangan, Polis Cuba Alih Perhatian Anak..

MENYEDIHKAN.. Gambar yang menunjukkan seorang anggota polis di Amerika Syarikat (AS) sedang mengalih perhatian seorang kanak-kanak perempuan ini telah mendapat perhatian orang ramai. Menurut sumber, bapa kepada anak kecil ini telah terkorban dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan ahli keluarga mereka pada Khamis di Brighton, Colorado. Media tempatan melaporkan, ahli keluarga yang lain hanya mengalami kecederaan dan mereka dipercayai dari Illinois yang sedang bercuti di Colorado. Saksi menyatakan tayar belakang di sebelah kiri kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka itu tiba-tiba meletup dan menyebabkan pemandu hilang kawalan. Lima daripada enam ahli keluarga itu dikatakan tercampak keluar dari kenderaan selepas berpusing beberapa kali sebelum terbalik. Polis percaya tiada seorang daripada mereka yang memakai tali pinggang keselamatan atau berada di tempat duduk kereta kecuali seorang kanak-kanak yang tinggal dalam kereta malang tersebut.

8 Gambar "Tiga Maut, Dua Parah" Tiga maut manakala dua parah dalam kemalangan tiga kenderaan di atas jambatan Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Bukit Putus, di sini, 9.36 malam tadi.

LOKASI kemalangan tiga kenderaan. FOTO ihsan Polis Seremban : Tiga maut manakala dua parah dalam kemalangan tiga kenderaan di atas jambatan Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Bukit Putus, di sini, 9.36 malam tadi. Sumber polis berkata, kereta dinaiki suami isteri berusia 63 dan 58 tahun dari arah Kuala Pilah ke Seremban hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan. Katanya, sehubungan itu kenderaan terbabit merempuh kereta dinaiki lelaki berusia 23 tahun yang dalam perjalanan menuju ke Kuala Pilah. "Akibat pelanggaran itu, lelaki itu tercampak dari keretanya dan maut di lokasi. Manakala warga emas berusia 63 tahun maut ekoran tersepit dalam kenderaan. "Sementara itu, isteri warga emas berkenaan pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini," katanya. Menurutnya, dalam kemalangan itu, dua individu menaiki kereta turut merempuh bahagian belakang kenderaan dinaiki le

Al-Fatihah Buat Diri Sendiri...

Machang: “Al-Fatihah buat Nik Rimi,” demikian status aplikasi WeChat Nik Rimi Ikhman Nik Mohd Faizul, 14, yang dikemas kini, Selasa lalu, sebelum meninggal dunia akibat terbabit dalam kemalangan di Kilometer 6.8, Jalan Machang-Pasir Puteh, kelmarin. Dalam kejadian jam 4 petang itu, Nik Rimi yang menunggang motosikal berseorangan bertembung dengan sebuah motosikal lain ketika cuba memotong sebuah lori. Akibat kemalangan itu, Nik Rimi meninggal dunia di Hospital Machang, di sini, selepas mengalami pendarahan organ dalaman. Ibu arwah, Nor Suzila Mohd Nor, 43, berkata, dia tidak menyedari anak keempat daripada enam beradik itu ada mengemas kini status pada aplikasi WeChat dan hanya menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan oleh salah seorang anaknya yang lain. “Saya hanya mampu menitiskan air mata membaca status itu kerana masih berat untuk menerima pemergiannya seolah-olah dia mengetahui akan meninggalkan kami buat selamanya. “Jika dilihat pada komen rakannya, ada yang

NAHAS BONGKAR RAHSIA SUAMI..

KOTA TINGGI - [DIKEMASKINI] Seorang isteri terkejut apabila mendapati wanita yang maut dalam kemalangan yang turut meragut nyawa suami dan ibu mertuanya semalam adalah isteri kedua suaminya, dipercayai baru bernikah beberapa hari lalu. Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, yang bekerja sebagai pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan Rohayu Abas, 29, serta ibu Abdullah Suhaime, Rokiah Abu Bakar, 52, maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 42.2 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai kira-kira jam 5 pagi. Kemalangan berlaku apabila kereta Ford Fiesta dipandu Rohayu yang merupakan jururawat di HSA, bertembung dengan sebuah lori pasir. Pemandu lori cedera di mata dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT). Isteri pertama mangsa, Farah Fadila Faizal, 27, berkata, dia mendapat tahu kejadian menimpa suaminya daripada rakan melalui aplikasi WhatsApps sebelum dimaklumkan anggota polis. Dia yang sudah dua

SEDIH..!! TAK SEMPAT BERPUASA BERSAMA, "IBU DAN ANAK ANTARA TIGA MAUT".

Kota Tinggi: Tiga maut termasuk dua beranak dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen minyak Petron Jalan Mawai, di sini, 5 pagi tadi. BACA : NAHAS BONGKAR RAHSIA SUAMI Kemalangan membabitkan kereta jenis Ford Fiesta 1.8 yang dipandu Rohayu Abas, 29, seorang kakitangan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Dua lagi penumpang kereta adalah Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, dan ibunya, Rokiah Abu Bakar, 52 dari Kampung Sri Aman, Skudai, Johor Bahru. Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta yang dinaiki mereka dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengn lori pasir tanpa muatan. Pemandu lori cedera di mata terkena sepihan kaca. Jurucakap polis berkata, Rokiah yang duduk di kerusi penumpang belakang dikatakan tercampak keluar menyebabkan kecederaan parah di kepala dan badan. Semua mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat. Artikel ini disia

Gambar Panas Abang Bomba Angkat Awek Mangsa Kemalangan Cetus Kontroversi..

Seorang lelaki dan seorang wanita terpaksa menahan sakit untuk menunggu ambulan samapai ke tempat kejadian. Setelah anbulan sampai ke tempat kejadian seotang angota bomba mengangkat wanita ke dalam ambulan. Motosikal yang mereka naiki terjatuh di susur keluar Jalan Tun Razak menghala ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam. Kemalangan kira-kira pukul 1 petang itu berlaku apabila motosikal Yamaha LC yang mereka naiki tersebut bergesel dengan sebuah kereta lalu terjatuh. Kejadian itu mengakibatkan mangsa dan teman wanitanya yang cedera di kaki dan tangan terpaksa menahan sakit di tepi jalan selama hampir 30 minit apabila orang ramai enggan berhenti untuk membantu. Jurugambar Utusan Malaysia, Shaifudin Mohd. Nor yang secara kebetulan melalui jalan itu berhenti dan menahan teksi untuk membawa kedua-duanya ke hospital bagi menerima rawatan. Disebabkan gambar ini, ramai yang pertikai kerana angota bomba tersebut terpegang tempat2 sensitif. P/s : orang ni reti komplain je, klu xd

SEDIH..!! KANAK-KANAK PUTUS TANGAN TERSEPIT DI ESKALATOR

Kuala Lumpur : Mengerikan apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 bulan putus pergelangan tangan kanannya akibat tersepit pada tangga eskalator di KL Sentral di sini, awal pagi semalam. Lebih menyedihkan apabila tangan mangsa yang putus hanya berjaya dikeluarkan dari dalam eskalator itu kira-kira dua jam selepas kejadian. Dalam insiden kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Mohd Afkar Daniel Freedy cedera parah ketika dibawa ibu bapanya pergi ke pusat beli belah itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan berjalan ke arah tangga eskalator di tingkat dua bangunan itu. Menurutnya, kejadian itu tidak disedari kedua ibu bapa mangsa yang ketika itu sedang membeli barang di premis berhampiran. “Mangsa dipercayai menaiki eskalator dari aras dua menuruni tingkat satu bangunan sebelum tangan kanannya tersepit di tangga bergerak itu. Akibatnya pergelangan tangan mangsa putus dan memasuki celah eskalator itu. “Insiden itu bag

GEMPAR GUNUNG KINABALU - Gambar NGERI Yang Tak Sepatutnya Didedahkan Kini TERSEBAR

Beberapa gambar yang tidak didedahkan kepada umum semasa misi menyelamatkan mangsa terperangkap dan mengangkat mayat untuk dibawa turun dari gunung Kinabalu telah tersebar. Pelbagai reaksi mengejutkan yang diberikan oleh pembaca laman tersebut.

[VIDEO] Tragedi Selfie, Mahasiswa Jatuh Dalam Kawah Merapi

Gambar memaparkan posisi terakhir Eri Yunanto sebelum tergelincir ke dalam Kawah Merapi yang sempat diambil oleh rakannya . LUMRAH bagi mereka yang suka mendaki gunung, sebaik tiba ke puncak sudah tentu perkara yang paling teruja dilakukan adalah bergambar bersama rakan-rakan dan selfie. Namun malang tak berbau buat Eri Yunanti, 21, dia terjatuh ke dalam kawah Merapi sedalam 200 meter ketika selfie di puncak gunung terbabit, Sabtu lalu. Keadaan kawah Merapi yang boleh dilihat dari atas gunung. Mahasiswa Universiti Atma Jaya Yogjakarta itu dilaporkan mendaki bersama lima rakan lain pada malam Jumaat sebelum tiba di puncak sekitar jam 11 pagi, Sabtu. Ketika bergambar di Puncak Garuda yang terletak di tepi Kawah Merapi, Eri dikatakan tergelincir dan terus hilang dari pandangan. Hingga kini pasukan mencari dan menyelamat diberitakan masih mencari mangsa. Misi SAR agak sukar disebabkan keadaan cuaca yang kurang elok, manakala kawah mengeluarkan gas beracun hingg

Video: Detik Mencemaskan Kanak-Kanak Diseret Bas Sekolah

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Michigan, Amerika Syarikat melalui pengalaman menakutkan apabila diseret lebih 30 meter oleh bas sekolah yang dinaikinya. Kejadian berlaku ketika kanak-kanak malang itu sedang menuruni tangga bas namun begnya tersepit pada pintu bas terbabit. Pemandu bas yang tidak menyedari hal tersebut tetap meneruskan perjalanan sebelum sebuah kereta yang menyedari insiden itu memecut untuk menghentikan bas daripada terus bergerak. Kanak-kanak itu segera dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan namun disahkan hanya mengalami kecederaan ringan akibat insiden terbabit. Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian melalui rakaman video yang sempat dirakam penduduk di kejiranan tersebut. – MYNEWSHUB.CC