Berang dengan kisah Ayahanda Rani Kulup di dalam Mastika, seorang remaja lelaki dengan beraninya memberi salam jari tengah kepada lelaki itu. Apa yang menarik, jawapan balas Kulup itu sungguh sarkastik! KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki memuat naik gambar ikon popular Facebook, Ayahanda Rani Kulup, dengan salam jari tengah kerana tidak berpuas hati Mastika menjadikan lelaki itu sebagai bahan kandungan dalam majalah rakyat itu. "Jilake la ko yah, aq (aku) bru bce kisah ko dlm mastika. Salam jari tengah untk ko yah. Kipidap!, kata Muhammad Fitri yang mendapat 239 like di Facebook. Ayahanda yang terbaca comment remaja itu segera membalasnya. "Kuku hitam, tersepit pintu ke jilake," katanya yang mendapat 358 like lebih banyak dari remaja berkenaan. Berang dengan Ayahanda yang menghina kukunya itu, Fitri membalas lagi, tetapi kali ini dia ternyata terasa dengan kenyataan itu. "Ko ni bute warne ke hape yah?? Tak dapat bezakan warne itam ngan warne ku...