Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Kisah di Sebalik Gadis Gantung Diri Sehingga Maut di Lukut, N. Sembilan Petang Semalam..

Kisah di Sebalik Gadis Gantung Diri Sehingga Maut di Lukut, N. Sembilan Petang Semalam Yang Wajar Kita Ambil Tahu ! Kisah menghayat hati ini bermula sekitar jam 2 petang semalam, apabila seorang remaja usia anggaran 21 tahun telah pergi ke salah sebuah pasaraya mini di sekitar kawasan berikut. Secara tiba-tiba hadir seorang lelaki bersama .. Gempar seketika apabila satu Foto Viral Berlegar di dunia maya,Dikatakan seorang remaja telah membunuh diri dengan menggantungkan diri,Apa sudah jadi?Mengapa sampai membunuh diri akibat masalah ataupun kekecewaan yang di hadapi? Setiap masalah pasti ada jalannya,setiap kekecewaan pasti akan ada penawarnya,namun mengapa harus mengakhiri riwayat hidup dengan cara membunuh diri? Jika kita lihat pada kes-kes gantung diri,banyak berlaku kepada para remaja,yang dikatakan bercinta dan kecewa,akibat terlalu kecewa maka membunuh diri adalah penyelesaiannya,sungguh singkat akal manusia apabila tergamak menzalimi diri sendiri semata-mata ker

ALHAMDULLILAH ! Akhirnya Azwan Ali Mohon Maaf Setelah DIDESAK Oleh Ayahnda Rani Kulup..

ALHAMDULLILAH ! Akhirnya Azwan Ali Mohon Maaf Setelah DIDESAK Oleh Ayahnda Rani Kulup atau beliau akan direport kerana menghina Melayu ! Dibulan yang mulia ini marilah kita sama-sama memaafkan Azwan Ali. Tiada siapa yang sempurna. selepas mendapat tomahan dan makian daripada seluruh rakyat malaysia, akhirnya Azwan Ali tunduk dan akur lalu minta maaf kepada seluruh rakyat malaysia melalui laman instagram nya dan juga Facebooknya. KLIK SINI UNTUK KE FACEBOOK AZWAN ALI Berdasarkan laman instagram Azwan Ali, dia memohon maaf atas dasar desakan daripada Rani Kulup, atau nama sebenarnya Abdul Rani Kulup selaku PRESIDEN PERTUBUHAN MARTABAT JALINAN MUHIBBAH MALAYSIA. Alhamdullilah, dibulan yang mulia ini marilah kita sama memaafkan beliau, tiada siapa yang sempurna. Jadikan perkara ini sebagai iktibar kepada semua. Lihat permohonan maaf yang dibuat Azwan Ali di bawah:

Datin Seri Rosmah Mansor Dipilih Sebagai ‘First Lady’ Kedua Tercantik Di Asia??

Disebalik kelembutan dan sifat kasih sayang yang dimiliki oleh isteri kepada Perdana Menteri, Datin Dri Rosmah Mansor tahukah anda bahawa beliau kini telah diiktiraf sebagai seorang yang cantik. Terbaru, melalui satu kajian yang dilakukan oleh listabuzz.com yang berpengkalan di Chicago, Amerika Syarikat, mereka telah mengeluarkan senarai 10 First Lady paling cantik di Asia. Dalam 10 senarai tersebut, Datin Sri Rosmah Mansor telah menghuni tangga kedua First Lady paling cantik di Asia di belakang Puteri Hayana daripada Dubai. Isteri Perdana Menteri ke-6 Malaysia, dilahirkan pada 10 Disember 1951. Beliau adalah Presiden Persatuan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (BAKTI). Beliau memegang jawatan sebagai Penaung untuk Kanak-kanak di Hope Foundation, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota (OKU) Malaysia, Majlis Aids Malaysia, Institut Jantung Negara Yayasan dan banyak lagi. Berikut adalah senarai penuh 10 First Lady tercantik di Asia yang telah

Video: Cahaya Misteri ‘Menari’ Di Atas Awan.. Kapal UFO?

SEORANG penduduk di Greenwood, Indiana, Amerika Syarikat telah berjaya merakam video cahaya misteri yang bergerak seolah-olah menari dan melompat di atas awan. Rakaman video berkenaan menjadi viral di negara tersebut di mana ramai penduduk tempatan beranggapan ia adalah kapal makhluk asing. Cahaya tersebut yang dirakam dalam video berdurasi 2:27 minit, menunjukkan cahaya seakan sedang bergerak-gerak, melompat, hilang dan muncul kembali bagai dikawal oleh sesuatu. Saintis tidak menolak kemungkinan cahaya tersebut adalah halo  (Sundog)  yang terjadi apabila cahaya matahari terbias bila terkena kristal ais di atmosfera. Pihak NASA juga beranggapan fenomena ini adalah Sundog dan ia nampak “melompat-lompat” kerana perubahan medan elektrik di atas awan selepas terkena kristal air di udara. Tindakbalas itu menyebabkan kristal geometri bergerak dalam orentasi baru menghasilkan pembiasan cahaya matahari berbeza. Berbalik kepada video, jika anda lihat hingga ke penghujung, me

Video: Pemandu Samseng Tarik Rambut, Hentak Muka Orang Tua

HANYA kerana tidak memberi laluan ketika ingin dipintas, seorang pemandu samseng bertindak biadab menarik rambut serta menolak muka seorang warga emas. Kejadian ini menjadi bualan ramai sejak semalam selepas video yang dikatakan dirakam berlaku di kawasan Summit USJ, Petaling Jaya tersebar. Berdasarkan video berdurasi 3 minit 56 saat, insiden bermula setelah kedua-dua kenderaan berhenti lantas pemandu kereta datang ke kereta hadapan dan mula menengking pemandunya yang merupakan warga emas. Ia menjadi semakin buruk apabila pemandu terbabit bertindak menarik rambut dan menghentak muka mangsa sebanyak dua kali tanpa belas kasihan. Perkara ini membuatkan pengguna jalan raya yang lain berhenti lalu salah seorang yang kasihan dengan nasib mangsa datang ke arah pemandu samseng terbabit dan menegurnya. Apabila semakin ramai yang mengerumuni tempat kejadian pemandu samseng itu dan ahli keluarganya kembali masuk ke dalam kereta lalu memecut meninggalkan lokasi kejadian. Walaup

Unik! Jungle Theme, Konsep Gambar Anak Safee Sali

WAH! Uniknya tema yang digunakan untuk mengabadikan kenangan foto pertama anak pemain pasukan Johor Darul Takzim Safee Sali, Shanika Salsabilla yang dilahirkan di Hospital Colombia Asia, Johor Bahru pada tanggal 15 Jun lalu. Ini merupakan cahaya mata pertama Safee daripada perkahwinan keduanya dengan wanita berketurunan Indonesia, Sasha. Jungle Theme diilhamkan oleh Camora Arts Photography bagi menzahirkan keterujaan pasangan bahagia itu di atas kelahiran bayi perempuan mereka. Pelbagai props telah digunakan antaranya sarang bunga yang ditempah khas dari Ismail Ishak, set patung dari NanaAlyaDanis dan kostum singa dari Knitwie dan Peacock. Malah pihak Camora Arts turut menyiapkan set buaian bayi yang ditempah khas dari Custom Frame Malaysia bagi menjayakan tema fotografi kali ini. Jom kita tengok hasil menarik yang dihasilkan oleh Camora Arts Photography dalam membidik foto keluarga bahagia Safee Sali! – MYNEWSHUB.CC Safee Sali digelar David Beckham

Jenazah Pemain T-Team Masih Di HRPZ II Kelantan

KOTA BAHARU – Jenazah David Faramola Oniya, pemain T-Team yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 14 Jun lepas masih ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini. Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata jenazah pemain pertahanan kelab itu masih belum dituntut oleh pihak pengurusan pasukan ataupun kerajaan negeri Terengganu untuk proses selanjutnya. “Kita masih belum menerima apa-apa keputusan dari pihak pengurusannya atau kerajaan negeri Terengganu sama ada ingin dikebumi (di Malaysia) ataupun dibawa pulang ke negara asal,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini. Beliau berharap pihak bertanggungjawab terhadap pemain itu agar dapat membuat keputusan yang terbaik berhubung pengurusan jenazah mendiang Oniya itu. Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi berkata proses membawa pulang jenazah pemain T-Team itu akan diuruskan oleh kerajaan nege

Amelina Dikritik Pakai Seksi Di Bulan Ramadan..

PENYANYI dangdut yang membuat kemunculan semula selepas hampir 15 tahun menghilang dari industri seni tempatan, Amelina dikritik  netizen  gara-gara berpakaian seksi di bulan Ramadan. Rata-rata memberikan komen pakaian yang digayakan pelantun lagu  Asyik  itu agak ketat dan tidak manis dengan statusnya sebagai ibu kepada lima orang cahaya mata selain tidak menghormati bulan mulia ini. Antara komen yang dititipkan adalah “tak ada gunanya kalau masih jaja aurat merata dunia buat tatapan ramai” dan “macam ni rupanya pakaian di bulan puasa. Tak ada apalah yang akan dapat. Baik tak payah puasa.” Hmm, siapalah kita nak mengkritik orang, kalau pun dia berpakaian agak menjolok mata, bahasa-bahasa yang dituturkan pengomen ini pun perlu juga ditapis. Gaya komen kadang-kadang macam orang tak puasa! Mungkin Amelina khilaf di situ apabila menggayakan pakaian yang kurang sesuai namun kan lebih molek kalau bagi nasihat elok-elok.. Nak bagi nasihat kat orang kena ada adab juga bang oi

Elizabeth Tan Ada Bukti Tunang Adira Curang..!!

TIDAK dinafikan penyanyi tinggi lampai yang semakin meningkat naik namanya ini memang cantik orangnya. Sampaikan sebelum ini pun, pernah keluar gosip mengatakan Elizabeth Tan dihimpit beberapa VIP yang mahu berkenalan lebih rapat dengannya. Walaupun begitu, Elizabeth atau Lizzy tetap dengan pendiriannya yang enggan dikaitkan dengan mana-mana jejaka memandangkan dia mahu bakat seninya lebih ditonjolkan dalam persada seni. Namun begitu, baru-baru ini nama si cantik manis ini terpalit dengan kontroversi yang tak diundang apabila dituduh sebagai individu yang menjadi dalang kepada putusnya ikatan pertunangan di antara penyanyi Adira dan tunangnya, Shahrul Nasrun yang merupakan Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia. Tak senang dengan tuduhan itu, Lizzy membalas kenyataannya menerusi sebuah portal mengatakan dia mempunyai bukti yang menunjukkan Shahrul yang mula mengoratnya sebelum ini. Namun, Lizzy tidak pernah melayani sebarang agenda  ‘flirting’  Shahrul memandangkan d

Kisah Sebenar Di Sebalik Harga Steak Bernilai RM9,388.50

MENJADI Viral di dada-dada Facebook apabila tersebar sebuah gambar resit bayaran yang menunjukkan harga steak bernilai RM9,388.50 baru-baru ini. Mesti ramai mempertikaikan tentang harga makanan tersebut yang dikira sangat  overprice dan tidak masuk akal ini. Kami di Mynewshub akan mendedahkan mengapa restoran ini menjual Steak dan makanan yang begitu mahal sehingga ‘anda perlu membuat  loan bank ‘ untuk membayarnya. Tahukah anda, hidangan Steak di Me’nate ini merupakan air tangan dari pakar Daging Istana Ratu Elizabeth? Maka terdapat golongan tertentu yang merasakan harga yang dikenakan sangat berbaloi kerana kepakaran tersebut. Memetik laporan Harian Metro, Pemilik restoran Me’nate, Mustaffa Othman merupakan seorang pakar daging yang pernah berkhidmat di Istana Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London. Beliau telah berhijah ke London pada tahun 1989 demi mencari pengalaman dan pelajaran dalam bidang yang dicintainya, walaupun pada ketika itu tahap kewangan boleh d

Kesian! Netizen Nak Tolong Tapi Dimaki Hamun Azwan Ali..

Siapa yang tak kenal dengan figura yang menggelar dirinya Diva AA iaitu Azwan Ali, seorang pengacara dan pelakon sensasi. Sejak dari dahulu, Azwan sememangnya tak pernah kontang dari kontroversi malah sering dikritik kerana keceluparan mulutnya sama ada melalui siaran media televisyen dan akhbar mahupun di media sosial. Dalam cerita terkini, Azwan dijadikan bahan lawak di ruang Internet setelah tindakannya memaki seorang peminat wanita mendapat perhatian awam. Dihamun olehnya itu sesuatu yang biasa buat netizen, namun yang kelakarnya, mangsa kepada Diva AA kali ini tidaklah melakukan apa-apa provokasi pun, malah berniat baik kerana cuba membantu Azwan. Ceritanya, bekas pengacara program gosip nombor satu, Melodi, itu telah mengemas kini status laman Twitter peribadinya dengan bertanyakan cadangan tempat bagi mendapatkan stik terbaik untuk berbuka puasa. Tulisnya, “Slm. Nak steak la today! Cari cafe yang tak sesak melayu jebawok! Any ideas?” Tweet tersebut kemudiannya di

Video: Pesanan Azwan Ali Kepada Pengikutnya Yang Ingin Berbuka...

HANGAT, hangat jadinya apabila selebriti Azwan Ali terus bersikap biadap dengan memuat naik video menghina sebuah kafe yang menaja steak percuma kepada wanita yang dimakinya sebelum ini. Menerusi rakaman video, adik kepada Menteri Besar Selangor, itu mengutuk kafe berkenan, Me’nate Steak Hub, sebagai tempat makan yang tiada class dan murah. BACA :  Kesian! Netizen Nak Tolong Tapi Dimaki Hamun Azwan Ali Dengan nada angkuh, Azwan berpesan supaya tidak berbuka puasa di kafe berkenaan kerana murah berbanding di Hotel Mandarin atau hotel enam bintang yang lain. “Helo uols, ingat pesanan truly diva AA, jangan berbuka di kedai binatang, berbuka lah di Mandarin Oriental ke, hotel 6 bintang ke, tak main berbuka di kedai murah ni, mintak kebulur, minta despedo, ho ho, eeee malunya,” katanya. Sikap biadap Azwan itu tercetus apabila dia menerusi Twitter bertanyakan tempat yang menyediakan steak yang sedap untuk berbuka puasa. Seorang pengikutnya, Nur Azira Wazi Azman membalas

'Teruskan Support Betina Najis MENATE' ..AA Terima Balasan, Tuhan Bayar Cash, Moga Jadi Ikhtibar !

Kenyataan Balas Azwan Ali: 'Teruskan Support Betina Najis MENATE' Teruskan Support Betina Najis MENATE' ..AA Terima Balasan, Tuhan Bayar Cash, Moga Jadi Ikhtibar ! Sejam selepas AA meroyan di Twitter ekoran dari isu 'Menate' baru-baru ini, tiba-tiba hadir seorang Hamba Allah nih datang ke ruangan komen Twitter AA..Tidak lama selepas itu, AA terus membuatkan privasi akaun Twitter nya sebagai closed..Siapakah Hamba Allah tersebut? Dan apakah pesanan yang ditinggalkan oleh beliau hingga membuatkan AA sentap dan terus deactivekan sementara akaun Twitter nya itu? Teruskan bacaan..Jangan terkejut dengan info ini.. p/s : Nah baru ada akai ! Buku bertemu ruas namanya ! Azwan Ali telah membuat kenyataan balas ekoran kes dirinya memaki hamun seorang gadis yang cuba memperkenalkan kedai steak Menate. Azwan Ali yang menjadi bahan ketawa orang ramai kerana kes itu, dilihat terus berang dan langsung tidak mengaku salah kerana memaki tanpa asal usul periksa