Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Isu Politik

Zeti Aziz enggan layan permintaan Rosmah....Syabas Gabenor..

Antara apa yang Asia Sentinel laporkan semalam ialah, atas dasar takut, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu dipecat kerana bimbang pendedahan ke atas penyiasatan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan akaun peribadi Rosmah dan Najib. Rosmah dikatakan marah dengan kebocoran maklumat berkenaan akaun banknya dan mengenai kemasukkan wang berjumlah RM2 Juta ke dalam akaun peribadinya. Susulan dari kebocoran maklumat tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi akaun banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam. Malangnya Zeti enggan melayan permintaan atau arahan Rosmah itu dan sejak dari itu Zeti dijadikan sasaran untuk disingkirkan dari jawatan Gabenor Bank Negara. Zeti juga dikatakan akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan transaksi-transaksi yang melibatkan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan pelaburan 1MDB kepada pasukan khas. Zeti menurut Asia Sentinel akan memberikan kerjasama

PANAS ! Umno fail saman USD650 juta terhadap Najib Razak..!!

PANAS ! Umno fail saman USD650 juta terhadap Najib Razak Suatu kes writ saman nampaknya telah diambil terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh salah seorang ahli parti Umno atas nama parti tersebut yang mendakwa bahawa beliau telah melakukan fraud ke atas ahli-ahli parti politik tersebut berkenaan dengan penerimaan derma sebanyak RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi beliau pada March 2013 serta penggunaan dana itu tanpa pengetahuan parti. Saman tersebut mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai seorang pemegang amanah berdasarkan Common Law, dan menuntut pembayaran balik sejumlah USD650 juta yang didakwa telah dikirim keluar oleh beliau ke satu akaun di bank Singapura yang bukan milik Umno pada 30 Ogos 2013. Najib Razak juga dikehendaki membutirkan semua dana yang diterima beliau dalam bentuk derma dan juga penggunaan semua dana yang telah atau pada bila-bila masa tersimpa

VIDEO: Ahmad Maslan Kena 'Boo' Dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Pontian

Beredar di laman sosial semalam sebuah video yang menunjukkan Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin berucap di dalam Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian. Namun apa yang mengejutkan ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan telah di 'boo' oleh perwakilan yang hadir dalam mesyuarat berkenaan walaupun Ahmad adalah timbalan bahagian kawasan itu. Manakalah sambutan perwakilan terhadap Muhyiddin pula disambut baik di mana semasa ucapan beliau diberikan tepukan dan laungan "Hidup Tan Sri!" beberapa kali. Berdasarkan video, Ahmad telah di 'boo' perwakilan ketika Muhyiddin menyebut nama beliau semasa memberikan ucapan mengucapkan tahniah kerana dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Bagaimanapun Muhyiddin dilihat cuba menyelamatkan keadaan dengan berkata "Beliau timbalan ketua bahagian Umno Pontian, jangan 'boo'." Kemudian selepas mesyu

Rosmah Beri Tempoh 72 jam kepada Bank Negara Supaya Menyiasat Orang Membocorkan Maklumat Akaun...

$%Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan tempoh 72 jam yang berikan peguam isteri Perdana Menteri kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya. “Saya kurang ariff apakah isteri seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerintahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?,” tulisnya. Tindakan dibuat selepas pembocoran akaunnya di Affin Bank yang mendakwa beliau menerima RM2 juta sebagaimana yang ditulis Sarawak Report. Ulas Zainuddin atau lebih dikenali Zam,apa yang dilakukannya menimbulkan pelbagai persepsi. “Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan orang ramai terfikir bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu. Berasaskan kebenaran ini, awam juga membuat kesimpulan mudah maka

Dana RM2.6 Bilion: Tiba-Tiba Ada Takut Kritik Arab Saudi

BARU-BARU ini sebuah akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan di muka depan mengenai komen tegas tiga pemimpin pembangkang utama iaitu daripada PKR, DAP dan Pas berhubung isu dana politik RM2.6 bilion. Mereka mendakwa kononnya sumbangan diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu sebagai bukan derma tetapi rasuah untuk ‘habuan’ balasan pelbagai projek tertentu daripada kerajaan BN dan UMNO. Waima sudah dicerahkan beberapa kali malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan duit itu bukan rasuah, pembangkang cuba hasut rakyat membenci kerajaan dengan pelbagai tohmahan jahat. Hujah mereka amat mudah: Takkanlah tiada apa-apa selepas sudah bagi duit; tanpa bercerita pihak pembangkang sendiri pun ‘mewah’ dapat dana politik daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk ramai jutawan terkenal. Ini bukan benda rahsia bahkan boleh dilihat sendiri hebatnya jentera pembangkang setiap kali pilihan raya umum dan kecil yang jauh lebih ‘kaya’ berbanding pihak BN dar

Saya Sudah Cukup Bersopan, Kata Wanita Umno "Najib Kencing"

Anina Saaduddin mempertahankan tindakan dengan berkata, perkataan digunakannya dalam video 'Najib kencing’ sudah cukup bersopan dan diluahkan mengikut saluran yang betul iaitu dalam mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015.  Seorang pemimpin Wanita Umno Langkawi yang menjadi viral dalam video "Najib kencing" baru-baru ini tampil mempertahankan kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Razak walaupun dinasihatkan seorang menteri Kabinet agar menegur dengan cara lebih bersopan. BACA :  VIDEO: Wanita UMNO Ini Dakwa Tiga Juta Ahli Partinya Di 'Kencing' Najib Setiap Hari Jadi Viral...!! Anina Saaduddin mempertahankan tindakan dan hujahnya dan berkata, perkataan digunakannya dalam video tersebut sudah cukup bersopan dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menegur secara berhemah tidak didengari malahan dibuang daripada Kabinet perdana menteri hujung bulan lalu. Menyifatkan rintiha

“Mereka Ini Kaki Spin" Dan "Tidak Cerdik" Kata Pengarang Mingguan Kepada Dua Pemimpin UMNO

Betullah orang kata.. "what comes around goes around", selama ini kita sering mendengar kenyataan-kenyataan pemimpin Pembangkang diputar belit oleh Utusan hingga menyebabkannya disaman.. Kali ini Pengarang Mingguan pula mendakwa tulisannya diputar belit oleh dua Menteri UMNO.. kah..kah..kah.. Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussien dengan berani mencabar dua pemimpin UMNO yang dianggap sebagai ‘Panglima UMNO’ untuk berdebat dengannya. Panglima UMNO yang dimaksudkan Ku Seman ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi. Menerusi blognya, kayangdailypost.blogspot.com, Ku Hussein menyatakan debat tersebut perlu diadakan bertujuan bagi memperjelas kepada rakyat mengenai isu fundamental berkaitan derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut ku Seman, Mohd Salleh dan Puad telah menjawab di dalam akhbar

Patutlah Dr. Mahathir tak bercakap dah pasal 1MDB... Baca selanjutnya.. jangan terkejut dengan kenyataan beliau..

Ini adalah kenyataan pertama yang terpacul daripada mulut Dr. Mahathir selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dalam rombakan yang dibuat pada Selasa lalu, Najib menjelaskan tindakan itu dibuat selepas Muhyiddin mempersoalkan pembabitannya secara terbuka dengan skandal itu. Sebelum ini, Dr Mahathir secara lantang mengkritik kerajaan berhubung skandal yang berlaku dalam syarikat pelaburan milik negara itu. Bahkan beliau mendesak Najib yang juga Pengerusi Lembaganya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas 1MDB terjebak dengan masalah hutang yang membebankan negara. Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memberi komen mengenai isu yang selama ini menjadi sasaran kritikannya - 1MDB. Namun, di sebalik keengganan itu bekas perdana menteri tersebut tetap dengan sifat sinisnya. Ditanya wartawan mengenai isu itu, Dr Mahathir berkata, bercakap mengenai 1MDB kini adalah "suatu jenayah". "S

[WAJIB BACA] Cerita Sultan Johor Tak Izin PM Mendarat Di Senai Adalah Fitnah...

PERDANA menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak difitnah lagi oleh pengguna laman sosial tidak bertanggungjawab apabila melaga-lagakan beliau dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Menerusi Facebook, pengguna itu memuatnaik status mendakwa kapal terbang yang dinaiki Perdana Menteri tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru, yang kononnya atas titah Sultan Johor. Cerita ini timbul apabila Najib telah berlepas ke Singapura pada hari Sabtu sebelah malam selepas merasmikan Peringkat Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pertandingan ini disiarkan secara langsung di RTM TV1. Pada malam tersebut, Najib mempunyai aturcara sendiri di singapura sempena sambutan hari kebangsaan singapura atas jemputan negara republik tersebut. Najib kemudiannya bergerak ke perasmian mesyuarat Umno bahagian Pasir Gudang pada pagi Ahad dengan menaiki kereta dari sing

Sultan Johor dan TMJ pun menyampah dgn Najib dan Rosmah Mansor?

Gambar ini telah menjadi viral di internet sejak semalam. Ia berkaitan Sultan Johor dan TMJ yang berada di perayaan Hari Kebangsaan Singapura tidak pandang atau menyapa Najib Razak dan Rosmah Mansor ketika mereka berdua lalu dihadapan baginda berdua. Tidak diketahui sama ada ia hanya kebetulan atau sememangnya Sultan Johor dan TMJ tidak merasakan ada perkara penting yang perlu dilihat mereka , hanya baginda berdua sahaja yang mengetahuinya . Mungkin juga Sultan Johor dan TMJ tidak nampak atau tidak perasan kehadiran Najib Razak dan Rosmah Mansor , siapa tahu kan ? Seperti biasa TROLL telah menjadi mainan warga maya ini . Sebaik gambar ini viral , berbagai troll telah keluar . Tapi paling mencuit hati ialah troll dibawah. Sumber : partyrakyat.blogspot.com

VIDEO: Wanita UMNO Ini Dakwa Tiga Juta Ahli Partinya Di 'Kencing' Najib Setiap Hari Jadi Viral...!!

Nampaknya semakin hari semakin ramai nampaknya akar umbi UMNO berani mempertikai dan mengkritik kepimpinan Presiden mereka sekarang, Dato Seri najib Tun Razak. Terbaru menjadi viral di laman sosial ucapan seorang anggota Wanita UMNO yang percayai dari Langkawi telah meluahkan rasa marahnya kepada kepimpinan Najib. Berdasarkan video beliau sedang berucap di dalam satu dewan yang dipenuhi beratus-ratus orang ahli UMNO yang lain. Melalui video itu,Anina Saaduddin, dilihat berucap dengan nada yang tinggi seolah marah dan dia berkata tiga juta anggota Umno kini menjadi mangsa “kencing” Najib. “Datuk Seri presiden dah kencing tiga juta ahli Umno. Dia kata tiga juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau. “Saya minta MT (Majlis Tertinggi) Umno bawa Datuk Seri Najib pi (pergi) berubat,”  katanya. Walaupun diliaht seperti marah dan mengkritik pemimpian tetapi beliau menegaskan tetap akan bersama UMNO dan Barisan Nasional. “Saya sokong Barisan Nasional. Demi Allah saya Um

Tak selamat di sini, kata bos SPRM

Kepulangan yang ditunggu, namun hanya dua ayat sempat dipetik daripada Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull malam ini - "Terima kasih" dan "Di sini tidak selamat". Beliau 'diserbu' pemberita sejurus selepas tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya mengulangi ucapan itu dan tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada wartawan yang menantinya.  Dikelilingi kira-kira 10 pengawal Shukri cuba dirapati untuk mendapatkan komennya mengenai tindakan kerajaan memindahkan serta-merta dua pengarah SPRM pada Jumaat lalu, Shukri hanya menjawab: "Terima kasih. Terima kasih. Nanti I jumpa you. " Beliau juga berkata keadaan "tidak selamat" di situ. "Biar saya selesaikan dulu," katanya. Turut kelihatan hadir di KLIA ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya II SPRM Dat

Tuan-Tuan Nak BR1M Lagi ke Tidak? Kalau Tidak Saya Batalkan BR1M, Ada Cara Lain ke Lebih Baik?- Usik Najib Razak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dengan nada mengusik berkata sekiranya rakyat tidak memerlukan BR1M, beliau boleh menarik semula bantuan terbabit. "Tuan-Tuan Nak BR1M Lagi ke Tidak? Kalau Tidak Saya Batalkan BR1M, Ada Cara Lain ke Lebih Baik?," katanya ketika berucap di mesyuarat agung Umno Pasir Gudang pada hari ini memetik laporan Malaysiakini . "Kami masih mahu" , kedengaran beberapa suara jawapan dari kalangan perwakilan yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Kenyataan itu dilontarkan oleh Najib Razak dengan nada yang menyindir pengkritik kerajaan. Najib juga berkata ada pihak yang tidak menyukai bentuk bantuan yang diberikan olehnya itu kepada rakyat. Tambahnya pada zaman sebelumnya, kerajaan membantu rakyat dengan membina kemudahan awam seperti jalan raya. "Tetapi pada zaman saya, dapur rakyat pun kita bantu," katanya dalam laoran terbabit. Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah mengkritik hebat pemberian BR1M

Contohi Dato' Seri Najib, Beliau Memimpin Mengikut Sunnah Rasulullah : Dr. Mashitah

Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin moderat. Dalam melaksanakan tugasnya, beliau tidak bertindak melampau atau ultra. Apa lagi negara kita yang berbilang kaum dan agama. Garis pemisah antara pemimpin nombor satu kerajaan dan presiden parti adalah jelas dan tidak bersilang. Sebagai pemimpin kepada semua warganegara Malaysia, beliau bersikap adil, bertolak ansur dan inklusif. Sikap begini adalah selaras dengan teladan yang digariskan oleh Rasulullah SAW sesuai dengan tuntutan semasa dan serasi dengan manusia sejagat. Bersikap moderat bukan bermaksud ambil mudah akan sesuatu perkara dan hanya berserah kepada takdir dan nasib. Sebaliknya, ia lahir daripada ilmu dan prinsip yang hakiki, tahu beza yang mana benar dan batil serta bersikap toleran dan munasabah. Kejayaan Rasulullah SAW mengembangkan dakwah Islamiah sehingga tertegaknya sebuah negara Islam adalah berasaskan pendekatan yang diamalkan

(Kenyataan Penuh SPRM) RM2.6 Billion Dari Penderma, Bukan 1MDB - SPRM

KUALA LUMPUR:  SPRM hari ini dalam satu kenyataan menyatakan dana RM2.6 billion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan dari penderma dan bukan dari syarikat pelaburan yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan, 1MDB. Kenyataan itu juga menyebut penemuan itu diperoleh susulan siasatan yang dijalankan keatas SRC International. Tambahnya lagi, hasil laporan itu juga dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. SPRM juga turut memaklumkan akan terus menyiasat SRC International termasuk isu dana berjumlah RM4 billion. Kenyataan penuh SPRM Hasil Siasatan Berkaitan Dana RM2.6 Bilion Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berk

Jumlah atau Nilai Pemberian Luar Biasa Yang Diberikan Kepada Penguasa Boleh Dianggap Rasuah - DrMaza

Jumlah wang yang besar atau pemberian dengan nilai luar biasa kepada penguasa atau pegawai boleh dianggap sebagai rasuah jika tujuaannya adalah kerana kedudukan. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, seorang penguasa, pegawai dan petugas hendaklah merenung dirinya samaada pemberian yang diberikan kepadanya mempunyai kaitan dengan jawatan dipegang atau tidak. Beliau berkata demikian dengan menyertakan sebuah hadis berbunyi, Sabda Nabi s.a.w: فَمَا بَالُ العَامِلِ نَسْتَعْمِلُهُ، فَيَأْتِينَا فَيَقُولُ: هَذَا مِنْ عَمَلِكُمْ، وَهَذَا أُهْدِيَ لِي، أَفَلاَ قَعَدَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَنَظَرَ: هَلْ يُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لاَ يَغُلُّ أَحَدُكُمْ مِنْهَا شَيْئًا إِلَّا جَاءَ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى عُنُقِهِ “Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan had

Setelah Lama BERDIAM DIRI.. Akhirnya SULTAN MURKA Tentang Isu RM2.6 Billion !!!

Beta dengar sprm cakap duit RM 2.6 billion adalah duit penderma. Betul ke..? Sebenarnya dah lama beta tau dari ahli nujum beta. Duit ini adalah sumbangan ikhlas para2 penderma yg tidak mahu namanya disiarkan termasuk dari kerajaan langit. Kan? Yerla kalau ada nama nanti, ramai pula yg cakap nak derma pun tak ikhlas main tunjuk2 kan..?? Syukurlah sikit kat malaysia ni ramai lagi penderma berhati mulia dan prihatin terhadap ASNAF seperti Najib. Lagipun beliau anak yatim yg dah lama kehilangan bapa. Kalian apa tau perasaan anak yatim seperti najib. KREDIT SULTAN MELAKA.

Tindakan kerajaan seolah-olah dakwaan WSJ, SR benar – Ahli UMNO

Siasatan sepatutnya tertumpu kepada kemasukan RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri tetapi berubah kepada mencari pembocor maklumat. PETALING JAYA: Tindakan kerajaan dan pengakuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai penangkapan beberapa orang untuk membantu siasatan berkaitan kebocoran maklumat 1MDB seolah-olah membuktikan laporan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR) benar. Blogger dan penganalisis politik, Shahbudin Husin, berkata jika maklumat yang disiarkan dalam media itu tidak sahih, maka apa sebabnya pembocor maklumat ingin dicari. Menulis dalam entri blog terbarunya, Shahbudin membuat kesimpulan tumpuan siasatan yang sepatutnya mengenai kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, berubah haluan dan disusurkan ke arah mencari pembocor maklumat pula. “Adakah ini yang menyebabkan saman terhadap WSJ terus tertangguh, manakala Sarawak Report hanya disekat dan The Edge digantung permitnya?” soalnya. Beliau juga merasakan

Kenyataan Ahmad Maslan Boleh Jadi Lawak Antarabangsa - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Ahmad Maslan mengenai "Kalau Esok PRU" boleh menjadi "Lawak Antarabangsa" kerana ia tidak masuk akal. Selain itu, beliau juga menambah Ahmad Maslan sebagai angkuh. "Ada seorang yang angkuh ni yang memegang jawatan di dalam parti dan kerajaan yang kata esok bukan pilihan raya. "Ia seperti bila seorang ibu tanya anaknya apa dia hendak jadi bila dia besar dan anaknya jawab 'esok saya masih budak, mak',"   kata Muhyiddin hari ini memetik laporan Astro Awani. Tambahnya lagi, beliau sedar yang PRU bukan pada hari esok, tapi perkataan 'esok' itu digunakan sebagai perumpamaan. "Ini boleh jadi lawak antarabangsa. Saya pernah beberapa kali jadi pengarah pilihan raya UMNO... apa yang saya katakan adalah untuk mengingatkan. Muhyiddin juga turut menegaskan kenyataannya bukan untuk merosakkan reputasi parti tetapi untuk mengingatkan UMNO akan menghadapi wakt

Zahid Hamidi : Sila Keluar Dari Malaysia Jika Tak Suka Dengan Sistem Politik Negara Ini

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang baru-baru ini bertukar portfolio dalam Kabinet Malaysia sebagai Menteri Dalam Negeri, telah disebut mengeluarkan kenyataan yang membangkitkan kemarahan ramai pihak.Kenyataan apa? Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari. “Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya. “Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhb