Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Isu Politik

ROMBAKAN KABINET : ANTARA SARKASTIK, HARAPAN

Ketika orang ramai didakwa mengharapkan kemunculan seorang perdana menteri baru, apa yang berlaku adalah pertukaran timbalannya dan menteri baru. Menulis sebaris ayat dalam Facebook, Aishah mencatat: “Minta tukar perdana menteri, dapat timbalan menteri baru. Mungkin mesej rakyat belum jelas lagi.” Kira-kira dua jam kemudian Aishah mencoret lagi: "Patah tumbuh hilang berganti...yg patah pun jahanam yg ganti pun hampeh...yg seksanya rakyat!!!" Tengah hari tadi Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan kabinet dengan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri. Turut digugurkan ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel, Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Seri Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan). Sebelum ini Aishah - bekas calon PAS dalam pilihan raya umum lalu - memua

Saya reda digugur demi hak rakyat, 1MDB

Muhyiddin Yassin SHAH ALAM - "Dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya reda,” demikian reaksi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Meluahkan rasa terbuka terhadap keputusan yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi, jelas Muhyiddin menerusi laman Facebooknya, beliau menerima keputusan tersebut serta menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet. “Saya menerima keputusan Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada Kabinet dengan hati yang terbuka. “Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. “Selama saya berkhidmat, sa

Mukhriz Mahathir tiba di rumah Muhyiddin

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru saja hadir ke kediaman bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin kira-kira jam 8.35 malam tadi . Beliau kemudiannya terus memasuki rumah berkenaan tanpa berkata apa-apa kepada wakil media yang telah menunggu di situ sejak petang tadi lagi. Beberapa minit sebelum itu, Muhyiddin keluar untuk pertama kalinya sejak digugurkan dari kabinet Datuk Seri Najib Razak mengucapkan terima kasih kepada rakan media dan mereka yang mengunjungi beliau. Muhyiddin yang berbaju petak biru kelihatan tenang dan sempat melemparkan senyuman kepada kira-kira empat puluh petugas media tempatan dan antarabangsa di perkarangan rumahnya. Beliau bagaimanapun menyatakan hanya akan membuat sidang akhbar pada keesokan harinya. "Saya cuma nak nyatakan saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya dan media pun telah melaporkan apa yang telah berlaku dan bagaimana kenyataan yang telah saya keluarkan petang tadi. Dan saya tak akan beri kenyataan baru.

Saya Bukan Tuhan, Respon Nazri Kepada TMJ

Kuala Lumpur – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz enggan berundur dalam perang mulutnya dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dengan terus memberitahu bahawa TMJ tidak sepatutnya campur tangan dalam politik. Baca : Mufti Perlis Dr Mohd Asri Sokong TMJ. Sebagai tindak balas terbaharunya terhadap kenyataan TMJ bahawa dirinya ‘ bukan Tuhan ’, Nazri mengulangi pendiriannya bahawa dalam sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan kerabat adalah di atas politik. “Pertamanya, tidak ada orang Islam yang akan mendakwa diri mereka sebagai Tuhan. Saya seorang Muslim. Tuhan saya ialah Allah. “Oleh kerana raja-raja dilindungi oleh undang-undang, adalah sukar bagi kita untuk bertindak balas tanpa masalah. “Rakyat biasa boleh mengkritik ahli-ahli politik, kerana kita boleh mempertahankan diri kita. “Tetapi kerabat adalah di atas politik. Mereka dilindungi di bawah undang-undang. Apabila mereka mengkritik, sukar bagi kita untuk bertindak balas kerana undang-undang yang melin

Semakin PANAS.!!! Comfrim Menanah Telingan Nazri... TMJ Buka Mulut Isu Dengan YB NAzri?

Semakin Panas !!! Comfrim menanah telingan Nazri... TMJ Buka Mulut Isu dengan YB NAzri? Memang Menanah telinga Nazri lepas ni.. Baru-baru ni berlaku perdebatan antara DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaa, Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz.

MENTERI MAKI RAKYAT PAKAI INSTAGRAM ANAK GUNA KATA KESAT..

PETALING JAYA: Dek kerana cara berpakaiannya dikritik ketika menghadiri satu majlis, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjawab balik kritikan itu di media sosial menggunakan akaun Instagram anaknya, Nedim. Datuk Seri Nazri mengherdik seorang pengguna Facebook yang mengkritiknya, Suhairi Sujairi dan mempersoalkan siapa Suhairi untuk mempersoalkan cara dia berpakaian. “Sapa dia ni yang comment pasal my dressing? Sapa budak ni ,Aku daripada dulu macam ni pun ,rakyat dah pilih Aku 5 penggal pilihanraya Tak pernah kalah. “Kalau hamlau ni rasa Dia Bagus sangat ,tak yah cakap banyak, Aku Tunggu Dia di Padang Rengas utk pilihanraya yang ke -14 ni ,kita tgk Padang Rengas nak Dia ke Aku?” soal Ahli Parlimen Padang Rengas memetik laporan dari MalaysiaKini. Di dalam post tersebut juga, Datuk Seri Nazri mengaku dia memang bersikap sombong lebih-lebih lagi dengan individu seperti Suhairi. Menurut Nazri lagi, semua orang tidak kisah cara apa pun dia berpakaian

Ulama PAS gesa Nazri Aziz bertaubat hina hukum Allah

Dewan Ulama PAS menggesa agar menteri Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bertaubat kerana menyifatkan orang yang membincangkan mengenai hudud sebagai golongan “bodoh”. Ketua penerangan badan itu, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kenyataan menteri pelancongan itu menjurus kepada “kekufuran” dan menunjukkan beliau seorang yang “bodoh”. “Kebodohan yang sebenar-benarnya ialah kenyataan (Nazri) bahawa orang yang berbicara tentang hudud adalah bodoh,” katanya yang memetik satu ayat al-Quran. Jelasnya, undang-undang hudud, qisas dan ta'zir merupapakan undang-undang yang ditetapkan sendiri oleh Allah. “Tuhan yang mencipta (Nazri) dan memberi beliau nyawa, jasad, makan dan minum. Ia dibicarakan oleh Allah dalam al-Quran. “Adakah Allah itu bodoh pada perkiraan Datuk Seri? Memperbodohkan hukum-hakam Allah adalah memperbodohkan Allah. “Ia tindakan yang boleh membawa kepada kekufuran,” katanya lagi yang turut menggesa agar para mufti dan penasihat agama membimbing Nazri dala