Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 28 Oktober lalu itu dikatakan berpunca daripada seorang pemandu lelaki yang telah mengambil petak parkir berbayar wanita berkenaan. Berang dengan tindakan semberono pemandu tersebut, wanita yang dikenali sebagai Shasha, 35, meletakkan kenderaannya berhadapan kenderaan terbabit supaya pemiliknya menyedari kesalahan yang dilakukan. Selepas itu, berlaku sedikit kekecohan yang menyebabkan Shasha mula mengeluarkan besi pengunci stereng keretanya. Mengulas kejadian tersebut, Shasha menegaskan dia bertindak memukul kereta lelaki yang tidak dikenali itu kerana mahu mempertahankan diri. Katanya, lelaki yang menaiki kereta jenis Toyota Camry itu telah meletakkan kenderaannya di tempat letak kenderaan yang telah dikhaskan untuknya. “Lelaki itu telah mengambil tempat letak kereta saya. Apabila saya suruh dia pergi ke petak letak kereta yang lain dia tidak mahu berbuat demikian,” katanya. Shasha berkata, dia sengaja letakkan keretanya menghalan...