Pernahkah anda membayangkan seorang pemain gitar wanita muslim memakai purdah? Gisele Marie berasal dari Brazil, bukan sahaja berpurdah malah dia bermain gitar bersama kumpulan heavy metal iaitu Spectrus. Mungkin ada yang tidak percaya tetapi inilah hakikatnya. Muzik tidak kira siapa pun anda yang pastinya ia tidak melalaikan jika kena dengan gayanya. Contoh seperti sekarang. Gisele menyertai Spectrus kerana mengikut abangnya. Gisele asalnya seorang penganut Katolik Jerman dan memeluk Islam pada tahun 2009 selepas bapanya meninggal dunia. Gisele menarik perhatian ramai apabila dia memetik gitar elektik Gibson Flying V ketika membuat konsert di Sao Paulo, Brazil. “Masyarakat tidak menerima seorang wanita Muslim yang memakai purdah adalah seorang pemain gitar sebuah kumpulan heavy metal. Ramai yang terkejut. Tetapi ada juga diantara mereka yang musykil dan melihat dari sudut berbeza. Mereka lihat ia suatu yang menarik”, kata Gisele. Apa yang pasti Gisele telah memecah tradisi b...