SEORANG pengantin perempuan yang sedang menjalani sesi penggambaran foto perkahwinan di pantai Dalian, China, mendapat pujian netizen kerana tindakannya yang berani dan pantas menyelamatkan nyawa orang.
Guo Yuanyuan yang juga seorang jururawat di Hospital Dalian segera menghentikan sesi penggambaran perkahwinannya selepas mendapati ada seorang lelaki terbaring di tepi pantai kerana lemas.
Lelaki terbabit dikatakan terkena serangan sakit jantung semasa sedang berenang di situ. Yuanyuan tanpa ragu-ragu kemudiannya memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada lelaki tersebut.
Pihak ambulan dan medik tiba di lokasi kejadian 20 minit selepas itu. Lelaki tersebut berjaya diselamatkan dan rata-rata netizen memuji dan kagum dengan tindakan Yuanyuan yang cekap dan pantas. – MYNEWSHUB.CC
Comments
Post a Comment