PENYANYI Enrique Iglesias mengalami kecederaan ringan ketika sedang menjayakan konsertnya di Tijuana, Mexico, semalam.
Insiden itu berlaku ketika penyanyi lagu Hero dan Bailamos itu ternampak dron yang membawa kamera berlegar-legar di atasnya, lantas tanpa berfikir panjang Enrique cuba mencapai dron itu namun tak semena-mena tangannya terkena bilah dron terbabit.
Wakil penyanyi itu berkata, “Ketika menjayakan persembahan dron digunakan untuk merakam video dan gambar menarik sepanjang konsert itu berlangsung. Kecelakaan berlaku dan dia mengalami sedikit kecederaan.”
Walaupun pergelangan tangannya berdarah namun Enrique tetap meneruskan persembahan selepas membalut luka.
Inilah baru betul-betul true performer, langsung tak hiraukan kesakitan demi menghiburkan peminat-peminat setia yang sanggup membeli tiket untuk menyaksikan persembahan solonya!
Nasib tak teruk kecederaannya kan. – MYNEWSHUB.CC
Comments
Post a Comment