KISAH BENAR... SUAMI DIBUNUH KOMUNIS, 38 TAHUN MAKCIK SAADIAH KAYUH BASIKAL HANTAR MAKANAN IPD GERIK.
BAGI mereka yang tinggal dikampung berhampiran Pekan Gerik mesti perasan Makcik kayuh basikal, Hampir setiap hari sejak berpuluh tahun lalu,Makcik Saadiah Abdullah akan mengayuh basikal sejauh lima kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk menghantar bekalan makanan kepada suaminya yang bertugas di balai itu. Dia melakukannya demi kasih sayang dan kesetiaan kepada suaminya, Alias Nik Daud. Kini, selama 38 tahun selepas suaminya meninggal dunia dalam serang hendap komunis di Temenggor dekat sini pada tahun 1975. Namun beliau masih mengayuh basikal setiap hari kecuali jika tidak sihat untuk menghantar makanan. Namun, kini makanan berkenaan bukan untuk suaminya, tetapi kepada sesiapa saja anggota polis yang bertugas di balai berkenaan. Menurut cerita orang kampung suami Makcik Saadiah ini dahulunya seorang BotMan. Peranan BotMan ketika itu menghantar barangan keperluan kepada perjuang didalam hutan, ketika beliau dan beberapa rakan menjalankan tugas, ketika it