Mati itu PASTI. Namun kita tidak tahu bila dan bagaimana ajal kita sampai.
Itulah yang terjadi kepada gadis cantik berusia 24 tahun bernama Chelsea Ake ini. Lihat 5 Foto Kematian menyayat hati beliau.
SEORANG pengurus salon meninggal dunia dalam keadaan beku di dalam cryochamber selepas dia secara tidak sengaja telah terkunci di dalam mesin berkenaan ketika suhu menurun ke -240 farenheit.
Chelsea Ake, 24, pengurus Rejuvenice di Henderson, Nevada, ditemui mati oleh pekerjanya.
Siasatan mendapati kemungkinan Ake menggunakan mesin berkenaan tanpa bantuan pembantunya dan lemas ketika berada di dalamnya. Dia dikatakan berada di dalam mesin berkenaan keseluruhannya selama 10 jam.
Ia digunakan untuk merawat pelbagai kerosakan tisu dan sering digunakan oleh ahli sukan yang mengalami kecederaan otot. Mesin tersebut membantu pemulihan kesakitan harian, radang, tenaga dan tekanan berkaitan.
Menurut kawannya, Shae-Lynn Bee, berkata, Ake berasal dari Hawai dan kematiannya amat mengejutkan. “Chelsea merupakan segala-galanya kepada saya. Dia adalah kawan baik saya dan saya pasti akan merinduinya,’’ kata Bee yang kecewa kerana tempat berkenaan tidak mempunyai kamera CCTV.
Comments
Post a Comment