Skip to main content

Posts

SEDIH... Kisah Adik Amin bawa duit RM0.30 ke Sekolah Membuatkan Anda Sebak...

Kisah Adik Amin bawa duit RM0.30 ke Sekolah membuatkan Anda Sebak KISAH RM0.30 YANG MENYENTUH HATI SAYA .... Cikgu : Kenapa Amin tak rehat? Amin: Mak saya beri 30sen sehari Cikgu ... kat kanti n 30sen ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu jaa . Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen. Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu) Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2015 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya .. Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ? Amin: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu." jwb Amin dgn bersahaja. "Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.." Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah se

Perhhhh... RM18k Bil Celcom Kena Bayar... Pelangan Tersungkur Seketika...

Berhati-hati ketika menggunakan data roaming di luar negara. Pada 5 September 2015, ibu saya ke London. Dia ada dua buah telefon. Yang kerap digunakan, iPhone 6, Maxis. Telefon kedua pula iPhone 6 Plus, Celcom. Kedua-dua telefon memang telah lama mengaktifkan roaming kerana dia memang kerap ke luar negara. Pada 7 September 2015, dia menghubungi saya di Malaysia menyatakan iPhone 6 Plus (Celcom) tidak dapat digunakan untuk WhatsApp. Saya telah menghubungi Celcom Centre untuk mengadu masalah itu. Saya dilayan dengan baik sekali. Operator tersebut telah menyemak akaun ibu saya dan semua akaun tiada masalah. Memang tiada masalah, bayaran semua telah dibayar. Jadi dia berkata mungkin telefon atau sim kad yang rosak lalu dia menyarankan ibu saya mengeluarkan sim kad dan cuba masuk ke telefon yang lain bagi memastikan yang mana rosak. Jadi, saya pun menghubungi ibu dan menyatakan apa yang dia perlu lakukan. Tetapi disebabkan ibu tidak pandai mengeluarkan sim kad, jadi ibu saya membiar

Profesor Syorkan Lelaki-Lelaki China Supaya Berkongsi Isteri...

Gambar hiasan Beijing, 27 Okt: Seorang profesor di sebuah universiti di China mencadangkan agar lelaki yang berpendapatan rendah di China berkongsi isteri supaya dapat mengatasi masalah mencari pasangan hidup. Profesor dari Universiti Zhejian itu, Xie Zoushi, mengeluarkan cadangan tersebut ketika China berdepan dengan jurang jantina yang semakin besar dan lelaki di negara terbabit terdesak mencari wanita untuk dijadikan isteri sehingga menjadikan wanita komoditi berharga. Menurut Xie Zoushi, lelaki yang berpendapatan tinggi tidak bermasalah untuk mencari isteri. Namun bagi yang berpendapatan rendah, mereka dicadangkan bergabung untuk mencari wanita yang boleh dikongsi sebagai isteri. Tambah Xie lagi, perkara itu bukan benda baru kerana ia sudah dipraktikkan di beberapa kawasan pendalaman miskin yang mana terdapat adik beradik lelaki berkahwin dengan seorang isteri dan mereka hidup aman damai. Bagaimanapun, cadangan dari Xie itu mendapat tentangan hebat dari aktivis wanita yang meng

[10 Gambar] Kisah Miss Thailand Anak Pengutip Sampah Melutut Depan Ibu Menjadi Perhatian Netizen...

Beberapa keping gambar yang mengisahkan seorang gadis yang dinobatkan sebagai Miss Thailand, Miss Uncensored News Thailand 2015 menjadi viral di media sosial. Gadis tersebut, 17, yang dikenali sebagai Mint merupakan anak seorang pengutip sampah dan pencuci jalan. Selepas dinobatkan sebagai Miss Thailand semalam, Mint tanpa perasaan segan silu dengan latar belakang keluarga pergi melutut dihadapan ibunya sebagai tanda terima kasih untuk kasih sayang, pengorbanan dan motivasi yang tidak putus-putus diberikan. - Siakapkeli.my

GAMBAR 'BERCIUM' TERSEBAR - FARA MENDOZA TERKEJUT....

Fara Mendoza, 25, sekali lagi muncul dengan kontroversi baharu apabila gambar dia yang dilihat sedang 'bercium' dengan seorang penyanyi baharu iaitu Zwenstar menjadi viral di internet. Ketika ditanya mengenai perkara ini, Fara menganggap ada pihak yang cuba melakukan khianat terhadapnya dengan menyebarkan gambar menunjukkan dia seolah-oleh sedang bercium. Dalam pada itu, dia memberitahu tidak melakukan perbuatan kurang sopan itu dan gambar berkenaan dirakamkan ketika dia dan Zwenstar sedang melakonkan adegan sebagai pasangan bercinta untuk klip video penyanyi itu berjudul Ku Tahu. "Saya terkejut apabila mendapat tahu foto itu tersebar. Tidak mungkin saya melakukan perkara tidak senonoh sedemikian. "Apatah lagi penggambaran klip video itu dilakukan di sebuah taman permainan di Putrajaya. Malah ramai orang berada di sekeliling kami ketika penggambaran sedang berlangsung. "Nampaknya memang ada pihak cuba mahu mengenakan saya. Takkan saya nak ber