Skip to main content

GAMBAR 'BERCIUM' TERSEBAR - FARA MENDOZA TERKEJUT....

Fara Mendoza, 25, sekali lagi muncul dengan kontroversi baharu apabila gambar dia yang dilihat sedang 'bercium' dengan seorang penyanyi baharu iaitu Zwenstar menjadi viral di internet.

Ketika ditanya mengenai perkara ini, Fara menganggap ada pihak yang cuba melakukan khianat terhadapnya dengan menyebarkan gambar menunjukkan dia seolah-oleh sedang bercium.




Dalam pada itu, dia memberitahu tidak melakukan perbuatan kurang sopan itu dan gambar berkenaan dirakamkan ketika dia dan Zwenstar sedang melakonkan adegan sebagai pasangan bercinta untuk klip video penyanyi itu berjudul Ku Tahu.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu foto itu tersebar. Tidak mungkin saya melakukan perkara tidak senonoh sedemikian.

"Apatah lagi penggambaran klip video itu dilakukan di sebuah taman permainan di Putrajaya. Malah ramai orang berada di sekeliling kami ketika penggambaran sedang berlangsung.


"Nampaknya memang ada pihak cuba mahu mengenakan saya. Takkan saya nak bercium di depan orang ramai? Itu mengarut," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Perkara itu membuatkan ramai netizen mengkritik kelakuan itu dan menyifatkan Fara seolah-olah tidak serik dengan kontroversi yang timbul berkaitan dengan dirinya.

Sementara itu, Fara berkata, dia tidak akan duduk diam dan akan menyiasat siapa dalang yang mengeluarkan foto berkenaan bagi tujuan tidak baik.

"Bagi saya, orang yang cuba merakam gambar itu memang hebat. Saya tengok pun terkejut kerana ia memberi gambaran seolah-olah sedang bercium dengan Zwenstar.

"Saya akan siasat siapa yang buat begini. Individu terbabit sengaja mahu melihat saya jatuh," tegasnya.

Tambah Fara, dia mengakui pernah menangis kerana sering menjadi bahan kontroversi dan kemudian dikecam orang ramai. Namun, dia reda dan menyifatkan setiap perkara yang berlaku mungkin ada hikmahnya.

"Saya menangis. Ada sahaja yang cuba mengaitkan saya dalam perkara yang saya tidak buat. Malah ada yang kata lebih saya mati. Biarlah, Alllah lebih tahu," jelasnya.

Terdahulu Fara pernah menjadi bualan selepas dia mendedahkan diganggu aktor Fizz Fairuz menerusi mesej di laman sosial aplikasi WeChat.


Sumber: mStar

Comments

Popular posts from this blog

Wanita Berjubah Juga Tewas Di Tangan Negro

Hiasan NALURI setiap insan sememangnya mendambakan pasangan hidup untuk memenuhi keperluan zahir dan batin mereka. Perkara sama yang diharapkan Rozi Ali, seorang wanita Melayu Thailand yang berasal dari sebuah perkampungan di daerah Satun. Dia yang membesar di Selatan Thailand mengambil keputusan berhijrah ke Shah Alam, Selangor. Keputusannya itu tidak sia-sia kerana tidak lama selepas itu dia bergelar seorang usahawan berjaya dalam bidang membekalkan peralatan aksesori rumah. Mungkin kerana dihambat urusan perniagaan, soal jodoh tidak menjadi keutamaan wanita berusia 48 tahun ini. BACA :  GADIS MELAYU SELFIE DADA BULAT UPLOAD DALAM FACEBOOK Namun, kesibukan itu tidak menghalang wanita yang selesa mengenakan pakaian jubah ini daripada mengikuti kuliah agama dan solat berjemaah di sebuah surau di Shah Alam. Situasi itu juga menemukan wanita bersuara lembut ini dengan seorang lelaki Nigeria bernama Suhaili yang bekerja sebagai pekerja kontrak berhampiran rumah Ro

Video: Pelajar Sekolah Berasmara Dalam Kelas Tersebar...

Sebuah video rakaman 3GP yang memaparkan dua pelajar berasmara dalam kelas tanpa segan silu,kelakuan tidak senonoh pasangan pelajar itu dipercayai berlaku di dalam bilik kelas mereka sendiri tersebar di laman sosial. Video berdurasi 4.41 minit itu memaparkan gelagat seorang pelajar perempuan yang hanya membiarkan teman lelakinya yang juga seorang pelajar ‘meramas’ bahagian dadanya tanpa sebarang bantahan diikuti dengan sedikit gelak ketawa. Bukan setakat itu, malah dua pelajar terbabit dilihat bercumbuan di hadapan rakan mereka tanpa sebarang rasa malu. Apa nak jadi dengan anak muda zaman ini? Di usia sebegini, sepatutnya mereka lebih fokus pada pembelajaran, bukannya sibuk menjalinkan hubungan cinta monyet yang tidak memberikan jamin kononnya ’till Jannah’. Barangkali, sudah tiba masanya pihak sekolah memasang alat perakam tersembunyi di setiap bilik kelas agar setiap gerak geri pelajar sekolah dapat dipantau selain dari membuatkan pelajar² liar sebegini melakukan perbuata

Gambar Panas Ustazah Mashitah Yang Memalukan Tersebar!

Memang agak payah sebenarnya jikalau sesebuah media penerbitan itu sudah tersilap cetak.Contohnya dalam gambar di bawah ini di mana pihak grafik mungkin secara tidak sengaja telah melakukan kesilapan dalam mengedit gambar Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim. [Gambar bawah] Nampak benar kejanggalan dalam gambar ini kan.Ini membuktikan bahawa pihak editor tidak melakukan penitian dalam kerja-kerja terakhir sebelum dicetak Diharapkan pihak yang terlibat akan lebih berhati-hati selepas ini supaya kesilapan mereka ini tidak lagi menjadi viral seperti gambar tersebut.-mynewshub.