8 Gambar "Tiga Maut, Dua Parah" Tiga maut manakala dua parah dalam kemalangan tiga kenderaan di atas jambatan Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Bukit Putus, di sini, 9.36 malam tadi.
LOKASI kemalangan tiga kenderaan. FOTO ihsan Polis
Seremban: Tiga maut manakala dua parah dalam kemalangan tiga kenderaan di atas jambatan Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Bukit Putus, di sini, 9.36 malam tadi.
Sumber polis berkata, kereta dinaiki suami isteri berusia 63 dan 58 tahun dari arah Kuala Pilah ke Seremban hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
Katanya, sehubungan itu kenderaan terbabit merempuh kereta dinaiki lelaki berusia 23 tahun yang dalam perjalanan menuju ke Kuala Pilah.
"Akibat pelanggaran itu, lelaki itu tercampak dari keretanya dan maut di lokasi. Manakala warga emas berusia 63 tahun maut ekoran tersepit dalam kenderaan.
"Sementara itu, isteri warga emas berkenaan pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini," katanya.
Menurutnya, dalam kemalangan itu, dua individu menaiki kereta turut merempuh bahagian belakang kenderaan dinaiki lelaki berusia 23 tahun itu.
"Dua individu berkenaan setakat ini difahamkan parah," katanya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- http://www.hmetro.com.my/
Comments
Post a Comment