KOTA BARU: Polis menahan pasangan suami isteri yang dipercayai mendera kanak-kanak berusia lima tahun sejak enam bulan lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, ketika memaklumkan perkara itu berkata, suspek berusia 25 dan 39 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Jalan Bayam, di sini, kira-kira pukul 9 malam Ahad. Kedua-dua suspek yang juga bapa kandung serta ibu tiri mangsa itu akan direman pagi Isnin. Terdahulu, polis Kelantan giat mengesan sepasang suami isteri itu bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Pasir Mas pada 25 Jun lepas. Pasangan muda itu dipercayai melarikan diri ke Thailand susulan kejadian tersebut dan bersembunyi di sana. Mazlan berkata, pihak polis juga turut bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi menangkap pasangan berkenaan secepat mungkin. “Kecederaan mangsa serius dan kita jalankan siasatan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan kita akan jalankan tangkapan kepada penjaga dia iaitu bap...