Pelik-pelik betul orang sekarang ni ya.
Seorang penumpang di China cuba membawa pisau buah-buahan masuk ke dalam kapal terbang dengan menyembunyikannya di dalam rambutnya. Dia menjadikan pisau tersebut sebagai pin kepada sanggul rambutnya.
Namun, helah wanita ini berjaya dihidu apabila dia melalui pengesan logam di lapangan antarabangsa Kunming Changshui, di barat daya China pada 6 Oktober lalu.
Wanita pertengahan umur ini mendakwa dia mahu menggunakan pisau untuk memotong buah-buahan sementara menunggu untuk menaiki pesawat. Kejadian pelik ini telah ditangkap kamera keselamatan di pintu keselamatan lapang terbang itu.
Kemera berjaya menangkap pemegang pisau yang ada pada rambut wanita yang tidak dikenali itu. Dia malah dengan sengaja menyentuh pisau itu untuk memastikan dia berada di tempat yang betul sebelum melalui pintu keselamatan.
Chen Zhijun, seorang pegawai keselamatan di lapangan terbang itu berkata penumpang wanita itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Nanning selepas bercuti di wilayah Yunnan semasa cuti Hari Kebangsaan China.
Pegawai itu memberitahu bahawa wanita itu telah membeli banyak buah-buahan dan sementara menunggu untuk menaiki pesawat itu yang agak lama, dia menyembunyikan pisau di rambutnya supaya dia boleh makan buah-buahan sebelum penerbangan itu.
Sumber: DailyOnline
Comments
Post a Comment