Skip to main content

"Kami berada disatu perkampungan yg indah, dikelilingi wanita2 cantik..." - Akhirnya murid orang asli yang hilang bongkar misteri makhluk ajaib yang menjaga mereka..

AKHIRNYA murid orang asli yang ditemui hidup semalam membuat pembongkaran misteri makhluk ajaib yang menjaga mereka sehingga terus hidup dan tidak kelihatan apabila dicari orang ramai.

"Kami berada disatu perkampungan yg indah, dikelilingi wanita2 cantik..."


Temubual ringkas dengan kanak-kanak ini..

dia ceritakan....

kami berada disatu perkampungan yg indah,
dikelilingi wanita2 cantik dengan kemewahan makanan dan buah-buahan,air sungai yg amat jernih..

Andai begitulah gambarannya adakah mereka berada Di perkampongan bunian...?

Itu yang diceritakan oleh salah seorang setelah berada selama 47 hari ditengah hutan Pos Tohoi..



AKHIRNYA BERSUARA

Ini luahan menyayat hati Ima salah seorang murid Orang Asli yang hilang selama 47 hari

DIA baring di atas riba saya, badannya kelihatan kurus kering dan matanya merenung ke arah saya.

Ketika saya mengusap dahinya, dia sekadar melemparkan senyuman yang lemah dan terus mengenggam tangan saya dengan erat.

Kemudian dia berbisik: “Saya nak makan ayam.”

Kata-kata itu pastinya cukup menyentuh hati sesiapa sahaja.

Kanak-kanak perempuan itu adalah Miksudiar Aluj yang saya kenali sebagai Ima.

Malah, saya kecewa apabila gagal memberikan sebarang makanan untuk dinikmati Ima.
Dia kelihatan begitu lemah dan bergantung sepenuhnya pada drip air yang dimasukkan ke dalam badannya.

Jadi, dia tidak boleh makan apa-apa.

Namun saya puas hati. Kami berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak perempuan yang hilang selama 46 hari di dalam hutan tebal Pos Tohoi.

Segalanya bermula pada pukul 8 pagi Khamis apabila saya diminta untuk membuat liputan mengenai misteri kehilangan tujuh kanak-kanak orang asli selepas penemuan satu mayat.Kami tiba di Hospital Gua Musang pada pukul 2.30 petang.



Ahli keluarga kanak-kanak orang asli itu telah mengenal pasti mayat kanak-kanak yang pertama ditemui sebagai Sasa.

Ia ada hari yang penuh duka untuk semua.

Kami mendekati bapa dan ahli keluarga mangsa serta mendapatkan kenyataan rasmi daripada Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah.
Beliau menegaskan operasi mencari dan menyelamat akan ditingkatkan.

Kemudian, satu lagi mayat berjaya ditemui dan dalam perjalanan ke hospital.
Kali ini, mayat tersebut hanya tinggal rangka sahaja.

Pasukan Video The Star bergegas ke kenderaan Land Rover polis untuk merakamkan detik penemuan mayat kedua itu.

Mayat tersebut yang hanya tinggal rangka disimpan di dalam kotak yang telah ditutup.
Wartawan berpengalaman dan pemberita semuanya berada di sana.

Dan kami semua diam membisu, tragedi tersebut terlalu berat untuk dipikul.

Sekali lagi, Saiful Bahri berkata polis mulai menaruh harapan tinggi bahawa baki lima lagi kanak-kanak itu akan ditemui.

Pada Jumaat, harapan lebih tinggi untuk terus menjejaki kanak-kanak itu.
Namun, tiada siapa tahu sekiranya mereka ditemui dalam keadaan selamat.

Kami akan dibawa ke lokasi penemuan dua mayat kanak-kanak tersebut.

Kami tiba di Pos Tohoi dan terus bergerak ke Sg Perias, lokasi di mana mayat Sasa ditemui.

Ketika kami bergerak ke lokasi seterusnya, radio polis berbunyi dan akhirnya membawa khabar gembira.

Mereka berjaya menemui tiga lagi kanak-kanak, dua daripada selamat.
Pengamal media kelihatan teruja.

Ketika kami dalam perjalanan ke Pos Tohoi, saya gagal mengawal emosi.

Saya terlihat dua kanak-kanak itu dan mereka kelihatan kurus kering.

Penerbit Eksekutif kami, Mohamad Azam, memeluk saya dan berkata: Kuatkan semangat.”
Saya seorang ibu. Dan ibu tidak boleh melihat anaknya dalam keadaan sebegitu. Ia seolah-olah saya berjaya bertemu kembali dengan anak saya yang hilang.

Juruvideo kami, Juliana Fauzi cuba untuk mengawal emosi tetapi akhirnya menitiskan air mata.

Kami bernasib baik kerana berjaya sampai ke Gua Musang dengan menggunakan kereta Azam dan dibawa ke Pos Tohoi.

Pegawai di lokasi, Inspektor Harris, mahukan sebuah kenderaan untuk membawa salah seorang kanak-kanak itu kembali ke SM Kuala Betis, lokasi ambulans sedang menunggu untuk membawa mereka ke Hospital Gua Musang.

Azam bertanya kepada saya sekiranya saya bersedia untuk memangku salah seorang kanak-kanak itu.

Sedia? Saya begitu teruja dan berkata:”Sudah tentu, mari kita pergi.”

Dia dibaringkan di atas riba saya dan apa yang bermain di fikiran saya adalah bagaimana mereka boleh menyelamatkan diri dalam hutan selama 46 hari.



Dia kelihatan lemah dan tidak boleh bercakap.

Perjalanan mengambil masa selama 30 minit.

Ketika bertanya siapa rakan-rakan yang ditemui bersamanya, Ima hanya terdiam.

Dia terus mengadu mengenai keadaan yang panas dan berkata “saya lapar, saya lapar.”
Dia meminta ayam goreng, nasi goreng dan telur serta buah oren.

Saya berkata:”Adik, anda tak boleh makan semuanya sekarang kerana perlu pergi ke hospital dahulu.”

Akhirnya kami tiba di sekolah. Kanak-kanak itu dipindahkan ke dalam ambulans.

Ima kini berada di hospital. Saya berharap agar dia kembali sihat dan pergi ke sekolah.
Kemudian, saya akan kembali ke Pos Tohoi. Saya berjanji untuk membelikan ayam goreng, nasi goreng dengan telur dan buah oren untuknya.

Saya akan tunaikan janji terhadap Ima.





Sumber

Comments

Popular posts from this blog

Wanita Berjubah Juga Tewas Di Tangan Negro

Hiasan NALURI setiap insan sememangnya mendambakan pasangan hidup untuk memenuhi keperluan zahir dan batin mereka. Perkara sama yang diharapkan Rozi Ali, seorang wanita Melayu Thailand yang berasal dari sebuah perkampungan di daerah Satun. Dia yang membesar di Selatan Thailand mengambil keputusan berhijrah ke Shah Alam, Selangor. Keputusannya itu tidak sia-sia kerana tidak lama selepas itu dia bergelar seorang usahawan berjaya dalam bidang membekalkan peralatan aksesori rumah. Mungkin kerana dihambat urusan perniagaan, soal jodoh tidak menjadi keutamaan wanita berusia 48 tahun ini. BACA :  GADIS MELAYU SELFIE DADA BULAT UPLOAD DALAM FACEBOOK Namun, kesibukan itu tidak menghalang wanita yang selesa mengenakan pakaian jubah ini daripada mengikuti kuliah agama dan solat berjemaah di sebuah surau di Shah Alam. Situasi itu juga menemukan wanita bersuara lembut ini dengan seorang lelaki Nigeria bernama Suhaili yang bekerja sebagai pekerja kontrak berhampiran rumah Ro

Video: Pelajar Sekolah Berasmara Dalam Kelas Tersebar...

Sebuah video rakaman 3GP yang memaparkan dua pelajar berasmara dalam kelas tanpa segan silu,kelakuan tidak senonoh pasangan pelajar itu dipercayai berlaku di dalam bilik kelas mereka sendiri tersebar di laman sosial. Video berdurasi 4.41 minit itu memaparkan gelagat seorang pelajar perempuan yang hanya membiarkan teman lelakinya yang juga seorang pelajar ‘meramas’ bahagian dadanya tanpa sebarang bantahan diikuti dengan sedikit gelak ketawa. Bukan setakat itu, malah dua pelajar terbabit dilihat bercumbuan di hadapan rakan mereka tanpa sebarang rasa malu. Apa nak jadi dengan anak muda zaman ini? Di usia sebegini, sepatutnya mereka lebih fokus pada pembelajaran, bukannya sibuk menjalinkan hubungan cinta monyet yang tidak memberikan jamin kononnya ’till Jannah’. Barangkali, sudah tiba masanya pihak sekolah memasang alat perakam tersembunyi di setiap bilik kelas agar setiap gerak geri pelajar sekolah dapat dipantau selain dari membuatkan pelajar² liar sebegini melakukan perbuata

Gambar Panas Ustazah Mashitah Yang Memalukan Tersebar!

Memang agak payah sebenarnya jikalau sesebuah media penerbitan itu sudah tersilap cetak.Contohnya dalam gambar di bawah ini di mana pihak grafik mungkin secara tidak sengaja telah melakukan kesilapan dalam mengedit gambar Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim. [Gambar bawah] Nampak benar kejanggalan dalam gambar ini kan.Ini membuktikan bahawa pihak editor tidak melakukan penitian dalam kerja-kerja terakhir sebelum dicetak Diharapkan pihak yang terlibat akan lebih berhati-hati selepas ini supaya kesilapan mereka ini tidak lagi menjadi viral seperti gambar tersebut.-mynewshub.