Kelantangan Jamal dan konco-konconya selama ini yang menuduh rakyat Cina di negara ini dengan pelbagai tuduhan beberapa minggu yang lalu, dibidas oleh penerbit drama yang sudah tidak asing lagi namanya, Michael Ang.
Mana tidaknya, tuduhan demi tuduhan yang keluar dari mulut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu seolah-olah mengambarkan semua rakyat Cina di negara ini jahat dan menindas bangsa Melayu. Sedangkan, masih ramai lagi yang baik, yang mungkin Jamal sendiri tidak pernah temui.
"Kau (Jamal) nak panggil aku Babi ataupun lempang aku sebab aku Cina, aku tak marah pun. Sebab dari kata-kata dan perbuatan itu, aku tahu betapa ceteknya otak kau dan betapa sedihnya hidup kau sebagai manusia!
"Kalau you nak naik jadi menteri ke, Tuhan ke, jangan fikir rakyat Malaysia ini bodoh! Bukan semua bangsa Cina yang jahat dan penipu!
"Bagi aku, aku rakyat Malaysia dibesarkan dengan ideologi Malaysia. Bukannya ideologi negara lain! Tapi yang sedihnya manusia macam kau inilah yang memalukan kita untuk memanggil diri kita Malaysian! You know nothing about being a Malaysian!" katanya.
Luahan hati Michael Ang itu disokong sepenuhnya oleh followersnya yang turut tidak bersetuju dengan tindakan Jamal melemparkan tuduhan yang tidak berasas pada seluruh rakyat Cina di negara ini.
"Ini si Jamal kan? Aku benci dia! Memalukan! Menjengkilkan! Apa dia nak buktikan? Kau nak malukan bangsa kau saja Jamal!" kata Afeeqiqnarcio.
sumber asal
Comments
Post a Comment