Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan pemandu teksi dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak bagi menjalani penilaian mental.
Hakim, Azman Mustapha membuat keputusan itu terhadap S Ganesan, 44, selepas membenarkan permohonan peguam bela, Noor Mousa Azaddin hari ini.
Ganesan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan cubaan bunuh penjaga pintu Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) Wangsa Maju, Mohd Azahari Yusoff dengan teksi sehingga mendatangkan kecederaan pada lengan kanan mangsa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pintu Utama HATTM jam 8.45 pagi, Isnin lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, Ganesan berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Comments
Post a Comment