Belum pun lakonannya dalam Darah Panas ditonton umum, pelakon Fathia Latif mula kepanasan dengan pelbagai isu. Antaranya Fathia didakwa melakonkan babak ranjang tanpa seurat benang tapi hanya berselimut untuk menutup sebahagian tubuhnya. Foto babak itu pula mula dipaparkan di laman sesawang hingga membuatkan ada yang terfikir apakah ia strategi produser dan pengarah untuk melariskan filem? Tepuk dada tanya selera. Bertemu Fathia baru-baru ini, pelakon yang kini membintangi Dia Isteri Luar Biasa di TV3 kesal dengan dakwaan mengatakan dia berlakon tanpa seurat benang. Baginya, ia satu tuduhan tidak berasas yang disifatkan sengaja ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab. Apatah lagi foto yang dikaitkan Fathia sebagai wanita yang melakonkan babak itu sebenarnya pelakon lain yang dipercayai mempunyai wajah miripnya. Memegang watak Syahana dalam filem itu, Fathia akui dalam satu babak dia dituntut untuk berada dalam keadaan seolah berbogel. “Baba...