KUALA LUMPUR: Seorang pekerja Nando's dipecat setelah mengeluarkan perkataan kesat melalui resit kepada salah seorang pelanggannya.
Sebelum ini, resit yang mengandungi perkataan "Cibai Customer" itu telah dimuat naik oleh pelanggan yang terlibat dan menjadi viral di media sosial.
Menurut laporan dari Oh!Media, kejadian dikatakan berlaku setelah pekerja Nando's terbabit tidak mahu memberi bahagian paha seperti yang diminta kepada pelanggan. Bagaimanapun, setelah pelanggan tersebut ingin membawa hal ini kepada pengurus, pekerja itu terpaksa akur dengan permintaan pelanggan tersebut, tetapi mengeluarkan resit yang mempunyai perkataan "Cibai Customer" kepada pelanggan itu.
Resit yang menjadi viral di media sosial.
Pihak Nando's hari ini memaklumkan pemecatan pekerja terbabit melalui satu kenyataan di Facebook.
Menurut kenyatan itu, pihak Nando's berkata mereka memandang serius isu tersebut yang telah mendatangkan kritikan dari orang ramai.
“Kami berasa amat kesal dengan tingkah laku kurang sopan pekerja kami itu.
“Kepada rakan Nando’s, insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan pelanggan di restoran dan kami amat memandang serius perkara seperti itu.
“Hari ini, pekerja tersebut secara rasminya telah dipecat,” tulis Nando's dalam kenyataan terbabit.
Tambah Nando's lagi, mereka telah memohon maaf kepada pelanggan terbabit berikutan insiden ini.
"Pengurus kami yang bertugas pada hari kejadian telah memohon maaf kepada pelanggan tersebut dan dia telah berusaha mendapatkan maklumat pelanggan itu untuk dihubungi.
“Kami telah berhubung dengan pelanggan berkenaan dan sangat bersyukur kerana wanita itu menerima permohonan maaf kami,” jelas Nando’s. - Siakapkeli.my
Comments
Post a Comment