Assam (India): Seorang bayi yang baru berusia dua hari dipaksa ‘berjalan’ oleh seorang dukun wanita, kononnya untuk mengubati demam panas yang dihidapi kanak-kanak itu.
Video yang dirakam seorang lelaki menunjukkan dukun berkenaan memegang tengkuk kanak-kanak itu dan memaksanya berjalan di depan puluhan penduduk kampung di daerah Morigaon.
BACA : Kisah Sadis..!! Gadis 17 Tahun Dipaksa Kahwin Dengan Lelaki 30 Tahun Lebih Tua.. Ini Pasti membuat anda terharu...
Ibu bapa bayi itu membawa anak mereka kepada wanita berusia 50-an itu kerana percaya dia boleh mengubatinya.
Mereka diarah menanggalkan lampinnya sebelum dukun itu melakukan ‘ritual’ berkenaan yang didakwa untuk menurunkan suhu badannya.
Bayi itu menangis sekuat-kuatnya sepanjang ritual itu.
Comments
Post a Comment