Yang memelikkan lagi, spesis ikan ini dikenali sebagai ikan naga atau pun Arapaima Gigas bagi nama saintifiknya ini sebenarnya berasal daripada Amazon, Amerika Selatan
Bangkai ikan naga ini berukuran 2 meter dan ditemui penduduk yang sedang lalu di tebing sungai lebih kurang 6.30 petang.
Kemudian, 4 lelaki dewasa telah membawa bangkai ikan tersebut ke darat dan secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai orang yang sedang berlalu lalang di situ.
Walau bagaimanapun, punca kematian ikan itu masih tidak diketahui dan tiada sebarang kesan kecederaan pada ikan itu.
Seorang pemancing yang dikenali sebagai Roslan mengatakan ada kemungkinan ikan itu datang dari kolam peliharaan individu tertentu.
“Memang ada kaki pancing yang bercerita umpan mereka pernah disentap ikan besar yang mempunyai badan kemerahan, tetapi tidak menyangka ia adalah arapaima.
“Berkemungkinan ikan itu terlepas dari kolam peliharaan individu ketika banjir besar pada 2006, 2007 atau pemiliknya melepaskannya ke sungai kerana tidak mampu menjaganya,” katanya.
Kebiasaannya, ikan naga ini memakan ikan-ikan lain dan boleh mengakibatkan ikan-ikan kecil pupus.
Comments
Post a Comment