Cara Semak Arah Kiblat Islam Di Rumah 28 Mei 2015 Seperti tahun – tahun sebelumnya, tanggal 28 Mei dan 15 Julai setiap tahun merupakan tarikh berlakunya peristiwa Istiwa Agung atau Istiwa A’zam atau lebih dikenali sebagai Istiwa Matahari di mana matahari berada di atas titik zenith Kaabah. Ianya berlaku 2 kali setahun. Peristiwa Istiwa ini membolehkan umat Islam menyemak kedudukan terkini arah kiblat dengan lebih tepat. Umat Islam boleh menyemak ketepatan arah kiblat pada hari Khamis 28 Mei 2015 jam 5:16 petang. Semakan arah kiblat ini kebiasaannya boleh disemak 2 kali dalam setahun iaitu pada 16 Julai(5.28 petang) dan 28 Mei(5.16 petang) setiap tahun. Bagi tahun lompat pula, ketepatan arah kiblat boleh disemak pada 15 Julai(5:28 petang) dan 27 Mei(5.16 petang) setiap tahun lompat.
Apa itu Istiwa’ Utama Matahari?
– Istiwa utama matahari atau istiwa’ adzam di Kaabah merupakan fenomena di mana matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa’. Peristiwa ini akan berlaku 2 kali dalam setahun apabila nilai sudut istiwa’ matahari akan bersamaan dengan nilai latitude Mekah di mana Kaabah terletak.
– Apabila istiwa’ utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arak ke kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat di tempat-tempat lain di muka bumi.
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan.
Setiap orang digalakkan memainkan peranan serta tanggungjawab dalam melakukan semakan pada tarikh berikut bagi kediaman, surau, masjid dan lain – lain tempat solat bagi mengesahkan kedudukan terkini arah kiblat.

Sumber : nizarazu.com
Comments
Post a Comment