Christian LeBlanc berjaya berselfie dengan seekor gajah semasa menyuap makanan kepada haiwan itu di Koh Phagan, Thailand. -Gambar Mirror.UK
Lebih mengejutkan, rakaman selfie itu dibuat oleh gajah itu sendiri selepas merampas telefon pintar pelancong Kanada itu ketika diberi makanan.
Rakaman itu, yang dikenali sebagai 'elphie' yang membawa maksud ber'selfie' dengan gajah, kini turut menjadi kegilaan pelancong.
Christian yang sebelum itu sedang merakam selfie sambil menyuap pisang kepada haiwan itu terkejut apabila gajah berkenaan merampas telefon pintarnya dan merakam selfie bersamanya.
Menurut Christian yang juga seorang penuntut di Bangkok, telefon pintarnya pada masa itu berada dalam keadaan “time lapse” sebelum gajah itu bertindak merampasnya.
Rakaman selfie itu kemudiannya dibuat secara tidak sengaja ketika gajah itu menghulur belalainya dengan lensa kamera menghala ke arah kedua-dua mereka.
“Saya rasa mungkin nasib menyebelahi saya pada hari itu. Oleh kerana telefon saya berada dalam keadaan ‘time lapse’, ia menjadi mudah untuk merakam gambar kami,” tambah Christian.
Christian juga berkata, ini merupakan rakaman selfie yang paling terbaik dalam hidupnya dan dia juga berhasrat untuk ber‘selfie’ dengan ikan paus di Filipina nanti.
Comments
Post a Comment