Hendak kasihan pun ada, kelakar pun ada apabila sebuah kereta mewah Ferrari 458 Italia bernilai lebih RM 2 juta tersadai di tepi jalan Lebuhraya Sultan Iskandar (sebelum ini Lebuhraya Mahameru) selepas kehabisan minyak.
Kenderaan mewah tersebut telah menjadi punca kesesakan lalu lintas di kawasan itu hari ini dan pemilik kenderaan itu turut dikenakan saman oleh pihak polis yang berhenti pada awalnya untuk memberikan bantuan.
Antara saman yang diterima adalah kesalahan nombor plat, cermin gelap & mengganggu lalu lintas. Sudah jatuh ditimpa tangga nampaknya.
Comments
Post a Comment