GILA.. Lelaki Ini Habiskan Makanan Seberat 14 Kilogram Dalam Masa Sejam dan Berjaya Jadi Pemilik Restoran...
Seronoknya habiskan makanan je dah boleh jadi pemilik restoran. Haaa, tapi jangan ingat semudah makan nasi lemak sebungkus ya.
Sebuah restoran Mexico, Don Chingon yang terletak di Flatbush, New York ini akan memberi ganjaran yang boleh dikatakan berani lah bagi sesiapa yang berjaya menghabiskan burrito dalam masa sejam.
Sekiranya mereka berjaya menghabiskan makanan seberat 14 kilogram tersebut dalam masa sejam, pelanggan tersebut akan memperoleh sebanyak 10 peratus daripada saham restoran dan menjadikannya rakan kongsi bersama pemilik restoran tersebut.
Di samping itu, pelanggan juga perlu minum segelas air minuman pedas yang dibuat pemilik restoran. Tetapi bukanlah semudah itu kerana sekiranya anda tidak berjaya menghabiskan makanan tersebut, anda perlu membayarnya dengan jumlah sebanyak RM 625.
Sumber: Hanasuva
Comments
Post a Comment