Satu posting facebook yang menceritakan tentang seorang anggota PDRM, yang hanya dikenali dengan nama Fazli Polis, menjadi viral di media sosial.
Pengguna Facebook yang memuat naik status berkenaan, Syahril A. Kadir berkata Fazli Polis sepatutnya dijadikan contoh oleh anggota-anggota PDRM yang lain kerana sifatnya yang 'humble' dan tidak kekok apabila berada bersama orang awam.
Menurut posting itu juga, Fazli Polis turut dikatakan sangat komited terhadap tugasnya sehingga sanggup memberi nombor telefon peribadinya kepada orang awam untuk dihubungi sekiranya mempunyai sebarang masalah.
Berikut isi penuh status facebook berkenaan :
THE SMILING POLICEMAN
AKU tak tau nama penuh dia. Nombor badan apatah lagi. Tapi kami panggil dia Fazli Polis. Dia sentiasa ada untuk kami. Dia bagi nombor telefon bimbit personal kat kami semua. Call saja. 24 jam avalaible. Apa saja nk mengadu pasal keselamatan, jenayah, Negro bertekak, laki bini bergaduh, mat rempit memekak etc dia akan muncul. Kalau tak bertugas, dengan berselipar jepun pun dia datang. Paling tidak pun dia akan panjangkan maklumat pada balai berhampiran atau rakan setugasnya.
Malam tadi ketika sedang berehat sebentar untuk menghilang dahaga di restoran, Fazli yg sentiasa tersenyum dan 'humble' gila ini sempat mempromosi Hari Bersama Pelanggan antara IPD Petaling Jaya dgn orang ramai secara santai dan bersahaja. Selesai 'ceramah ringkas', dia minta izin memandu MPVnya untuk meneruskan rondaan.
Fazli bukan anggota komando 69 yg pandai bermain senjata, bukan SB yg pintar mengumpul maklumat, bukan detektif yg lasak dan pandai menyiasat, namun dia adalah antara contoh terbaik anggota polis yg mampu mengangkat martabat dan nama baik PDRM di dalam komuniti.
Serius, inilah kualiti anggota polis yg masyarakat mahukan. Tak kekok bergaul dengan orang awam, ramah dan pada masa yg sama tegas menunaikan tanggungjawabnya. Tahniah PDRM amnya dan IPD Petaling Jaya khususnya. Dan aku percaya, kita tidak ketandusan anggota polis seperti anak muda ini. RESPECT!
Menurut pengguna Facebook Nazri Nazrinordin, Fazli Polis sememangnya seorang anggota yang bagus.
"Satu platun saya...memg seorang yg bagus dari pusat latihan lg...sentiasa bersabar bila kami mengusik secara kasar...sentiasa tersenyum walaupn kena hukuman yg berat...dialah kawan saya platun saya..sama2 lahir dari pusat latihan.bangga dengan kamu skuad."
Syabas diucapkan kepada Fazli Polis, walaupun kami tidak mengetahui nama sebenar anda. Teruskan usaha murni dan tanggungjawab anda & semoga menjadi contoh kepada anggota PDRM yang lain. - Siakapkeli.my
Comments
Post a Comment