Satu pasangan ditangkap oleh polis selepas gambar pasangan berkenaan yang melakukan aksi tidak senonoh di atas motosikal tersebar di media sosial.
Gambar pasangan berkenaan sedang melakukan aksi tidak senonoh itu di atas motosikal ketika menggunakan Lebuhraya Goa, India.
Gambar itu dimuat naik oleh Ahli Parlimen Vishnu Surya Wagh di laman Facebooknya.
“Melakukan seks ketika menunggang motosikal. Tiada siapa yang akan menghalang anda. Ini adalah Goa. Seks di waktu siang ini berlaku di Jambatan Mandovi pada waktu tengah hari, Ahad.
“Tiada seorang pun anggota polis yang menghalang perbuatan pasangan ini. Bagi mereka yang merakam gambar ini, apa yang akan anda katakan,” katanya.
Susulan dari tersebarnya gambar itu, pihak polis segera mencari pasangan terbabit berdasarkan nombor pendaftaran motosikal itu.
Pihak polis mendapati, motosikal itu adalah milik sebuah syarikat sewa dan pihak syarikat telah memberikan alamat pasangan itu kepada polis untuk membantu siasatan.
Polis berjaya mengesan pasangan terbabit, bagaimanapun tiada tangkapan yang dilakukan. Sebaliknya hanya mengenakan denda sebanyak RS1,000 (RM60) di atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Gambar:
Comments
Post a Comment