Ambil report card sendiri, dapat anugerah pelajar Melayu terbaik STPM di sekolah pun aku raikan sendiri. Dapat top 5 pelajar terbaik UPSI batch aku, tapi tak menang pun raikan sendiri. Hehe..
Ingat lagi dulu, masuk asrama cuba untuk berdikari sebab kakak pun bukan orang senang. Aku tak nak susahkan dia. Aku dengan tekad dan matangnya, memohon asrama di sekolah. Isi borang sendiri dan bermulalah kehidupan aku di asrama.
Di asrama, best. Ada kawan tapi sedih sebab tak ada family yang datang melawat. Sabtu Ahad, bila kawan-kawan keluar dengan family, aku hanya pandang dari tingkap sambil menyapu air mata. Bila mereka pulang, aku tengok mereka bawa kotak KFC, beg baru, baju baru dan macam-macam lagi.
Aku hanya pandang dari jauh, panjang lagi kisah di asrama namun aku hentikan di sini sebab kalau nak diceritakan lagi, pastinya aku akan menangis.
Alam remaja ku bermula. Dapat masuk universiti. Persediaan nak masuk UPSI, semua aku uruskan sendiri. Naik turun bas, nak pergi beli barang. Excitednya! Paling aku banggakan, aku bayar yuran pertama UPSI guna duit hasil upah kerja mencuci pinggan.
Siang malam aku basuh pinggan. Nak dapat first class, tak nak bayar PTPTN. Yes! Aku berjaya melakukan. RM34,000 tak perlu dibayar walau 1 sen pun. Waktu di sekolah pun aku tak cari pasal. Orang buli aku, ejek aku, kacau aku, aku biarkan saja. Kenapa? Sebab tak ada orang nak backup aku kalau aku bergaduh. Cikgu pula akan panggil parent, mak ayah akan datang ke sekolah. Mak ayah aku mana boleh datang kan?
Sejak kecil, tinggal di asrama. Masuk universiti dah sewa bilik. Dah kerja sekarang pun menyewa bilik sendiri. Ramai yang tanya kenapa tak kahwin? Maaf, jodoh saya belum sampai. Bila tak ada parent, macam inilah. Tak ada orang nak uruskan. Nak tolong fikirkan majlis ku. Insha Allah jodoh ku dalam perjalanan.
Sejak di bangku sekolah, aku dah pandai cari kerja. Sapu sampah, cabut rumput, cuci pinggan, cuci sayur, bancur air, jual kerepek. Semua itu sebab nak mencari duit untuk belajar. Makan tak boleh nak memilih, kalau memilih, pasti lapar.
Aku pernah dimarahi kerana membuka tutup saji di dapur. Aku tidur dengan kelaparan. Aku tak marah, cuba untuk jadi positif. Pujuk diri, menumpang orang yang susah, mereka pun tak cukup makan sebab itu mereka marah.
Aku sayang mereka, tiada dendam. Masih berhubung baik hingga ke hari ini. Anggap peristiwa tutup saji tidak disengajakan dan aku berasa tenang beranggapan begitu.
Aku tak dimanjakan, aku tak dimewahkan. Apa aku nak, aku kena usahakan sendiri. Itu dugaan dan cabaran hidup aku. Menjadikan aku seseorang pada hari ini.
Hari ini, aku seorang guru, aku gembira kerana itulah cita-cita aku. Bila dikenang apalah kesusahan lalu. Susah payah aku dahulu mendewasakan aku. Menjadikan aku insan yang tabah. Terima kasih semua sebahagian dari kenangan hidup ku. Maaf andai ada yang menyakiti. Bertabahlah kita, Allah menguji insan yang mampu sahaja. Itu tandanya kita insan yang kuat.
Setiap kali pulang ke kampung, aku melawat pusara ibu dan ayah. Aku titipkan satu kata,
"Mak, adik dah jadi cikgu. Adik dah ada kerja. Maaf sebab tak dapat jadi doktor sebab adik tak minat fizik bio kimia. Tapi adik berjanji adik akan ajar murid-murid adik. Moga ada di antara mereka menjadi doktor. Mak, sehingga kita berjumpa lagi. Mak, Al-fatihah. Moga adik menjadi kebanggaan mak, sayang mak."
Jangan dikira harta orang, rezeki orang, jangan peduli kemewahan orang lain. Itu rezeki mereka. Rezeki kita? Insha Allah akan adalah. Lambat atau cepat sahaja. Kalau tak ada, inshaAllah di akhirat kelak pasti ada nanti. Sentiasa belajar merasa cukup. InshaAllah pasti bahagia dan gembira.
Pada yang terjatuh, bangunlah. Di hadapan ada sesuatu yang indah. Coretan ini untuk semua yang rasa hidup mereka malang. Bukan untuk aku banggakan. Ingatlah hidup ini sangat indah. Kita yang pilih, mahu tersenyum ke atau mahu menangis.
You can angry but until when? You can sad but until when? Every second is your change to be someone. To get what you want, rather than cry. Better I smile. Rather then look back better I run to my future. Go.. go..! Life is wonderful.
Terima kasih pada semua yang pernah menghulurkan bantuan. Terima kasih.-thehypemedia
Comments
Post a Comment