Jika melibatkan diri dalam bidang perniagaan makanan, pastinya kita mahu memperkenalkan konsep makanan yang unik dan kreatif agar dapat menarik pelanggan ke premis.
Macam sebuah restoran di Jepun ini, Curry Shop Shimizu mereka memperkenalkan satu menu unik iaitu kari berperisa najis yang dijangka bakal mendapat sambutan di kalangan penduduk negara Matahari Terbit itu.
Chef yang mengilhamkan menu tersebut, Ken Shimizu berkata kari itu dibuat dengan menggunakan pelbagai rempah yang boleh menghasilkan bau dan rasa seperti najis manusia.
Menambahkan lagi rasa ‘jijik’, lauk itu dihidangkan dalam pinggan yang berukiran ala tandas bagi menampakkan realistik ‘najis’ yang boleh dimakan itu.
Chef yang mengilhamkan menu tersebut, Ken Shimizu berkata kari itu dibuat dengan menggunakan pelbagai rempah yang boleh menghasilkan bau dan rasa seperti najis manusia.
Comments
Post a Comment