keluarga di La Entrada, yang terletak di barat Honduras terpaksa memecahkan tembok konkrit yang mengandungi keranda seorang gadis selepas mereka mendakwa mendengar jeritan suara meminta tolong dari dalam kuburnya.
Anggota keluarga Neysi Perez, 16, kemudiannya mendapati cermin yang menutupi keranda itu telah pecah manakala jari-jarin gadis itu pula lebam.
Bagaimanapun pegawai perubatan yang memeriksa mayat Perez, yang sedang mengandung tiga bulan itu, tidak menemui petunjuk bahawa dia masih hidup, lalu mayat itu dikebumikan semula di dalam kubur yang sama.
Perez dikebumikan dengan pakaian pengantin iaitu baju yang dipakainya ketika berkahwin dengan Rudy Gonzales.
Remaja itu meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika bangun untuk ke tandas pada waktu malam.
Dia dipercayai pengsan akibat serangan panik setelah mendengar bunyi tembakan.
Namun apabila remaja itu mula mengeluarkan buih dari mulutnya, ibu bapanya kemudian memanggil paderi yang percaya bahawa Perez telah dirasuk syaitan.
Paderi itu cuba memulihkan Perez namun selepas gagal, barulah keluarganya menghantar gadis itu ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia selepas tiga jam kemudian.
Menurut Gonzales, ketika melawat kubur isterinya, dia mendengar bunyi hentakan dan jeritan dari dalam kubur yang dibina daripada batu konkrit tersebut.
“Apabila saya letak tangan saya di kubur itu, saya boleh mendengar bunyi bising dan kemudiannya saya dengar dia menjerit meminta tolong.
“Kejadian itu berlaku sehari selepas kami mengebumikannya,” katanya yang menaruh harapan tinggi bahawa isterinya itu masih hidup.
Dalam pada itu doktor yang mengesahkan kematian Perez iaitu Dr. Claudia Lopez berkata, seluruh keluarga tersebut dalam keadaan kelam kabut, hampir memecahkan pintu ketika mereka membawa mayat gadis berkenaan dalam kerandanya ke hospital.
“Saya menyuruh mereka mengangkat gadis itu dan meletakkannya di atas katil dan disebabkan mereka mendakwa dia masih hidup, saya telah melakukan pemeriksaan yang sepatutnya.
“Kami telah membuat penilaian dan melakukan segalanya namun gadis itu telah meninggal dunia. Mereka kemudiannya telah membawanya pulang ke kubur terbabit,” katanya. – Mynewshub
Comments
Post a Comment