Baru-baru ini kisah perkahwinan pasangan yang berlainan budaya dan bangsa ini, Bayu Kumbara dan Jennifer Brocklehurst, jadi perhatian di media sosial.
Tidak salah rasanya jika pemuda warga Indonesia berkahwin dengan wanita dari England. Tapi apa yang menjadi isu dan viral adalah paras rupa.
Detik pernikahan mereka yang berlansung pada 8 Ogos lepas, dikongsikan oleh Jennifer di akaun Facebooknya dan ramai yang memberi ucapan pengantin baru dan tahniah kepada pasaangan ini.
Di laman tilt.com, Jennifer kongsikan kisah percintaan mereka. Perkenalan mereka bermula pada Januari lalu. Ketika itu Jennifer bercuti di Sumatera. Pada waktu itu dia bertemu dengan Bayu dan mereka jatuh cinta.
Namun, untuk melangsungkan perkahwinan bukan mudah. Ada halangan yang perlu mereka hadapi. Bukan mengenai adat dan bahasa, tetapi ianya tentang kos perkahwinan.
Jennifer merupakan seorang graduan lulusan Antropologi dari Universiti Andalas dan kini tinggal di Indonesia.
Dia mempunyai simpanan tetapi tidak cukup untuk menampung kos perbelanjaan perkahwinan. Dia juga tidak mahu meminta duit dari ibu bapanya memandangkan duit tersebut akan digunakan untuk tiket penerbangan bagi mengadiri majlis perkahwinan mereka.
“Kami ingin melangsungkan perkahwinan kami dengan duit kami sendiri tanpa mengharapkan bantuan keluarga dan pastinya ia suatu perkara yang membuatkan ibu-bapa kami bangga.” ujar Jennifer.
Jadi, Jennifer meminta dana di laman tilt.com sebanyak 2500 Pound Sterling (RM15,000). Namun, dia hanya dapat mengumpul 100 Pound Sterling sahaja.
Di tilt.com, hanya warga Amerika, Britain dan Kanada sahaja yang boleh meminta dana di laman tersebut dengan apa sahaja tujuan.
Walaupun Jennifer seorang wanita yang cantik dan bertemu jodoh dengan Bayu yang hanya merupakan seorang lelaki biasa sahaja, itulah jodoh mereka. Cinta tak mengenal rupa.
Comments
Post a Comment