Sudah menjadi kebiasaan kita rakyat Malaysia untuk memberi laluan kepada kenderaan yang penting dan inginkan laluan seperti Polis, Ambulans dan sebagainya.
Bermurah hati menjadikan dunia ini berada dalam keadaan yang lebih baik. Namun, masih ramai orang memilih untuk mengabaikan mereka yang memerlukan terutamanya jika tiada kaitan langsung dengan mereka. Syukur masih ada yang ingin membantu.
Seorang pengguna Facebook, Jaypee Castillo berkongsi pengalamannya sendiri apabila ada seorang penunggang motosikal membantunya memberi laluan semasa dia tergesa-gesa membawa ambulans untuk menyelamatkan pesakit di dalam ambulans. Penunggang motosikal tersebut siap sempat bercakap dengan pantas supaya beri laluan kepada ambulans. Pengguna jalan raya yang lain akur dan memberi laluan.
Berterima kasih kepada lelaki yang tak dikenali ini, mereka sempat ke hospital tepat pada masanya. Kerana terlalu kejarkan masa mereka tidak sempat bertegur sapa dan ucapkan terima kasih. Tak salah kan, bantu orang lain yang dalam memerlukan.
Comments
Post a Comment