Penulis agak terperanjat apabila menerima satu print screen perbualan sebuah kumpulan yang dipercayai berkaitan dengan Bersih 4.0 di WhatsApp.
Jelas dalam perbualan berkenaan beberapa ahli kumpulan terbabit bercerita mahu melanggan pelacur sebaik program Bersih yang dijadual berlangsung hujung minggu ini berakhir.
Pastinya di zaman ini di mana media sosial dijadikan medium untuk menyebarkan fitnah, gambar seperti ini sudah tentu akan dan boleh menimbulkan persoalan.
Namun, tidak semestinya ia print screen palsu. Kalau dilihat pada lenggok bahasa nyata ia adalah perbualan antara rakan-rakan yang mahu bergembira.
Justeru, pastinya kini menjadi tanggungjawab pihak Bersih 4.0 dan nama-nama yang tersebar untuk tampil membuat penafian atau mungkin pengakuan.
Andai ia benar, agak sedih juga benda seperti ini berlaku terutama jika ada lelaki Melayu/Islam pun mahu ‘membuat tempahan’.
** Sementara itu, tinjauan terkini Mynewshub mendapati gambar atau print screen berkenaan telah viral di pelbagai media sosial terutama Twitter. -MYNEWSHUB
Comments
Post a Comment