Cinta membuatkan seseorang mampu melakukan perkara di luar kawalan dan kerja gila.
Kerana dilamun cinta, kadang kala kita melakukan perkara yang akhirnya kita akan kesali di kemudian hari. Jadi, 7 perkara bodoh ini mungkin anda pernah lakukan kerana cinta!
1. Melupakan perkara penting
Bila dah bercinta, pasti kita akan melupakan perkara yang begitu penting dalm hidup kita iaitu keluarga dan sahabat. Bukan itu je, ada yang melupakan kerjaya dan cita-cita demi untuk mengejar cinta yang belum pasti.
2. Berpura-pura jadi orang lain
Kerana cinta ada yang berpura-pura jadi orang lain demi untuk orang yang dicintai. Kita cuba untuk menjadi orang lain kerana tidak mahu kehilangan si dia sehinggakan keluarga dan teman baik pun tak mengenali diri kita.
3. Menyerahkan segalanya
Tak cukup melupakan keluar dan sahabat, ada yang sanggup memberikan segalanya kepada pasangan tanpa berfikir panjang, termasuklah maruah yang boleh membinasakan hidup.
4. Desolusi
Cinta membuatkan kita menjadi orang bodoh. Buat kita hilang akal. Lebih teruk jika kita membuatkan mata terhadap segala perkara buruk yang dia lakukan.
5. Bersikap keterlaluan dan posesif
Pada awalnya kita seorang yang easy going. Tetapi apabila bercinta, tiba-tiba kita menjadi posesif dan keterlaluan terhadap pasangan yang akhirnya menjadi cemburu dan curiga.
6. Rela di pijak
Kalau ye pun dah mabuk cinta, jangan sampai kita diperlakukan buruk oleh di si dia. Jangan kerana takut kehilangannya, kit biarkan maruah diri kita dipijak.
7. Menyakiti diri sendiri
Pasti ramai pernah lakukan. Pada mulanya sanjung bagai nak gila, bila diperbodohkan atau putus cinta, mula la nak lakukan perkara yang menyakiti diri sendiri. Jangan kerana cinta kita lakukan perkara bodoh hingga kecewakan ibu bapa kita.
Comments
Post a Comment