Skip to main content

Biodata Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz

Nazri Aziz dengan beraninya pernah sound TMJ agar TMJ tak masuk campur isu Politik di Malaysia.

Masaalahnya, siapakah Nazri Aziz ni sampai berani sound Tengku Mahkota Johor ni..?

Nah korang bacalah siapa sebenarnya dia ni...


Biodata Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz

Baca Juga : Nazri "BELASAH" TMJ

Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz merupakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mulai 16 Mei 2013. Beliau merupakan Bekas Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang menyelia hal Parlimen.Pada 17 September 2008, beliau mengisi portfolio hal-ehwal undang-undang atau 'de-facto Law Minister' apabila dikosongkan oleh Senator Datuk Zaid Ibrahim.[1] Beliau merupakan seorang Ahli Parlimen dari parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang dan mempunyai Ijazah BarristerAt-Law daripada Lincoln's Inn, United Kingdom. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai anak. Salah satu daripada anak-anak beliau adalah Nedim Mohamad.




Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tempoh berjawat: 2004 – kini
Ahli Parlimen untuk P61 Padang Rengas, Perak
Tempoh berjawat: 8 Mac 2008 – kini
Majoriti 1,749
Menteri Pembangunan Usahawan: Tempoh berjawat
1999 – 2004
Tempat lahir: Perak
Parti politik: UMNO (Barisan Nasional)
Pekerjaan: Menteri Kabinet, Ahli Parlimen
Agama: Islam


Di peringkat akar umbi, Datuk Nazri dipilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 1978. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun pada tahun 1993 sebelum memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO mulai tahun berikutnya hingga 1996.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mulai tahun 1986 hingga 1996 dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia dari tahun 1990 hingga 1994. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dari tahun 1990 sehingga sekarang.



Pengalaman beliau sebagai Ahli Parlimen bermula setelah memenangi kerusi Parlimen Chenderoh atas tiket Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 yang kemudiannya berjayadipertahankannya pada penggal berikutnya, (1999-2004). Selain itu, beliau telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara pada tahun 1991 hingga 1995.

Pada pilihan raya umum ke-11, beliau telah beralih ke kerusi Parlimen Padang Rengas hasil daripada persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau telah berjaya memenanginya setelah menewaskan calon Parti Keadilan Nasional, Mohd Zolkafli bin Yahaya dengan kelebihan 4772 undi.

Beliau telah mendapat 9214 undi manakala lawannya memperolehi 4442 undi. Setelah kemenangannya itu, beliau telah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang memantau dan mengelolakan aktiviti Parlimen Malaysia. Pada 17 September 2008, beliau mengisi portfolio hal-ehwal undang-undang atau 'de-facto Law Minister' apabila Senator Zaid Ibrahim meletak jawatan pada 15 September 2008 kerana tidak setuju dengan isu ISA.

Beliau pernah dilantik sebagai pengerusi MARA dari 17 Mac 1993 hingga 23 Julai 1995, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mulai 1995 hingga 1999 dan Timbalan Menteri Kewangan II sejak 1999 hingga berlakunya pembubaran Kabinet menjelang pilihan raya umum pada bulan Disember 1999. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan hingga 2004.

Dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008, beliau mempertahankan kawasannya apabila bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional di kawasan parlimen Padang Rengas , negeri Perak. Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz telah menang dengan mendapat undi sebanyak 9830. Calon lawan yang tewas adalah Alias Bin Zenon dari PKR, mendapat 8,081 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 362.



Kontroversi

Komen di Parlimen.
Pada tahun 2005, beliau terbabit dalam kontroversi mengenai kelakuannya dalam Parlimen. Beliau menjerit perkataan Bahasa Inggeris "bloody racist" 28 kali[perlu rujukan] terhadap ahli parlimen ipoh barat— dalam perbahasan mengenai tindakan Majlis Perubatan Malaysia yang tidak lagi menerima ijazah daripada Universiti Perubatan Negeri Crimea (Crimea State Medical University atau CSMU).

Pada 21 Jun 2007, Nazri menjerit perkataan "otak bodoh", "otak benak", "bohong" dan kata-kata lain yang kasar, menyinggung perasaan dan menimbulkan keriuhan dewan Parlimen pada Ketua Pembangkang Lim Kit Siang

Pada 12 November 2007, Nazri sekali lagi mencaci Pembangkang dengan kenyataan bahawa Pembangkang adalah pondan.


Baca Juga : Nazri "BELASAH" TMJ






Berputar-belit di Parlimen

Pada 6 November 2008, Nazri Aziz berkata bekas-bekas hakim kanan yang terlibat dalam krisis kehakiman 1988 bukannya dipecat tetapi telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti disarankan oleh satu panel. Hal itu menyebabkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh pada 10 November lalu meminta supaya Nazri Aziz dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri itu adalah satu pembohongan besar. Berikutan itu, pada 13 November 2008, Nazri Aziz telah mengakui bahawa beliau telah bercakap tanpa berdasarkan fakta yang cukup dan mengesahkan bahawa keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebenarnya dipecat.

Comments

Popular posts from this blog

Wanita Berjubah Juga Tewas Di Tangan Negro

Hiasan NALURI setiap insan sememangnya mendambakan pasangan hidup untuk memenuhi keperluan zahir dan batin mereka. Perkara sama yang diharapkan Rozi Ali, seorang wanita Melayu Thailand yang berasal dari sebuah perkampungan di daerah Satun. Dia yang membesar di Selatan Thailand mengambil keputusan berhijrah ke Shah Alam, Selangor. Keputusannya itu tidak sia-sia kerana tidak lama selepas itu dia bergelar seorang usahawan berjaya dalam bidang membekalkan peralatan aksesori rumah. Mungkin kerana dihambat urusan perniagaan, soal jodoh tidak menjadi keutamaan wanita berusia 48 tahun ini. BACA :  GADIS MELAYU SELFIE DADA BULAT UPLOAD DALAM FACEBOOK Namun, kesibukan itu tidak menghalang wanita yang selesa mengenakan pakaian jubah ini daripada mengikuti kuliah agama dan solat berjemaah di sebuah surau di Shah Alam. Situasi itu juga menemukan wanita bersuara lembut ini dengan seorang lelaki Nigeria bernama Suhaili yang bekerja sebagai pekerja kontrak berhampiran rumah Ro

Video: Pelajar Sekolah Berasmara Dalam Kelas Tersebar...

Sebuah video rakaman 3GP yang memaparkan dua pelajar berasmara dalam kelas tanpa segan silu,kelakuan tidak senonoh pasangan pelajar itu dipercayai berlaku di dalam bilik kelas mereka sendiri tersebar di laman sosial. Video berdurasi 4.41 minit itu memaparkan gelagat seorang pelajar perempuan yang hanya membiarkan teman lelakinya yang juga seorang pelajar ‘meramas’ bahagian dadanya tanpa sebarang bantahan diikuti dengan sedikit gelak ketawa. Bukan setakat itu, malah dua pelajar terbabit dilihat bercumbuan di hadapan rakan mereka tanpa sebarang rasa malu. Apa nak jadi dengan anak muda zaman ini? Di usia sebegini, sepatutnya mereka lebih fokus pada pembelajaran, bukannya sibuk menjalinkan hubungan cinta monyet yang tidak memberikan jamin kononnya ’till Jannah’. Barangkali, sudah tiba masanya pihak sekolah memasang alat perakam tersembunyi di setiap bilik kelas agar setiap gerak geri pelajar sekolah dapat dipantau selain dari membuatkan pelajar² liar sebegini melakukan perbuata

(Gambar) Badan Kerbau, Kepala Buaya, Badan Bersisik

Bangkok: Penduduk di sebuah perkampungan terpencil di wilayah Sisaket gempar apabila seekor kerbau di kawasan terbabit melahirkan anak dengan kepala buaya. Haiwan itu juga mempunyai sisik tebal yang menyerupai sisik buaya tetapi dengan badan dan kaki kerbau. Anak kerbau aneh ini dilahirkan oleh seekor kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini. “Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini. “Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya memetik laporan myMetro . Namun, anak kerbau itu mati tidak lama selepas ia dilahirkan. Bangkai haiwan itu kemudian dibawa ke rumahnya. “Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah,” jelasnya. Gambar anak kerbau itu kemudian menjadi viral di internet setelah ia dimuat naik. “Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke ruma