Bulan Ramadan akan kembali tidak lama lagi. Bagi sesiapa yang masih belum mengganti puasa fardhu yang ditinggalkan atau yang terbatal pada Ramadan lepas, cepat-cepatlah berbuat demikian.
Untuk panduan para pembaca yang akan melakukan ibadat puasa, berikut adalah niat puasa. (Perlu dijelaskan di sini bahawa melafazkan niat adalah tidak wajib kerana niat adalah persoalan hati, bukan lidah).
- Niat puasa esok hari:[Sebutan dalam rumi] Nawaitu souma ghodin 'an adaa'i, fardhi syahri ramadhaana hadzihissanati lillahi ta'alaMaksud: Sahaja aku puasa esok hari fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.
- Niat puasa sebulan bulan Ramadan:[Sebutan dalam rumi] Nawaitu souma syahri ramadhaana kullihi lillahi ta'alaMaksud: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Ta'ala.
- Doa berbuka puasa:[Sebutan dalam rumi] Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiinMaksud: Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wallahu a'lam.
Comments
Post a Comment