Skip to main content

Elizabeth Tan Ada Bukti Tunang Adira Curang..!!



TIDAK dinafikan penyanyi tinggi lampai yang semakin meningkat naik namanya ini memang cantik orangnya.
Sampaikan sebelum ini pun, pernah keluar gosip mengatakan Elizabeth Tan dihimpit beberapa VIP yang mahu berkenalan lebih rapat dengannya.
Walaupun begitu, Elizabeth atau Lizzy tetap dengan pendiriannya yang enggan dikaitkan dengan mana-mana jejaka memandangkan dia mahu bakat seninya lebih ditonjolkan dalam persada seni.
Namun begitu, baru-baru ini nama si cantik manis ini terpalit dengan kontroversi yang tak diundang apabila dituduh sebagai individu yang menjadi dalang kepada putusnya ikatan pertunangan di antara penyanyi Adira dan tunangnya, Shahrul Nasrun yang merupakan Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia.
Tak senang dengan tuduhan itu, Lizzy membalas kenyataannya menerusi sebuah portal mengatakan dia mempunyai bukti yang menunjukkan Shahrul yang mula mengoratnya sebelum ini.
Namun, Lizzy tidak pernah melayani sebarang agenda ‘flirting’ Shahrul memandangkan dia mengetahui jejaka itu merupakan tunang kepada Adira.
“Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat. Jika ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back (saya tidak melayannya).
“Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata penyanyi berusia 22 tahun itu lagi.
Sementara itu, Adira pula berharap semua pihak di luar sana tidak lagi menuding jari menyalahkan Lizzy sebagai punca pertunangannya terputus.
Sebaliknya, dia mengakui Elizabeth tidak bersalah langsung dalam hal tersebut.
“Kalau boleh saya tidak mahu nama Elizabeth Tan terus dikaitkan dengan punca sebenar perpisahan kami kerana dia tiada kaitan dalam hal ini. Bagi saya, perpisahan ini adalah ketentuan Ilahi dan tiada siapa mampu menghalangnya. Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Inilah ujian dan ketentuan yang perlu saya terima.
Adira juga enggan memberikan penjelasan lanjut hal apakah yang sebenarnya berlaku sehingga membawa kepada pengakhiran hubungan mereka.
“Kami sudah putus tunang secara rasmi sejak Mei lalu. Maaf. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Lagipun saya mahu menjaga nama baik kedua-dua belah pihak. Saya tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan punca sebenar keretakan hubungan kami walaupun ramai yang sudah membaca berita ini di laman sosial. Biarlah mereka sahaja yang buktikan asalkan bukan daripada mulut saya,” ujar penyanyi kelahiran Sabah ini.
Bertabahlah Adira, mungkin sudah tertulis bukan jodoh Adira dengan Shahrul.
Mungkin semua perkara yang berlaku ini ada hikmahnya tersendiri.
Mana tahu dengan kisah perit putus tunang ini boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk Adira mencipta lagu yang boleh meletup seperti mana yang sering diaplikasikan Taylor Swift jika dia putus cinta?
Mana tahu lagu tu boleh boom? Tak cuba tak tahu kan..
– MYNEWSHUB.CC
Kenal ke? Bersama Shahrul & Adira

Comments

Popular posts from this blog

Wanita Berjubah Juga Tewas Di Tangan Negro

Hiasan NALURI setiap insan sememangnya mendambakan pasangan hidup untuk memenuhi keperluan zahir dan batin mereka. Perkara sama yang diharapkan Rozi Ali, seorang wanita Melayu Thailand yang berasal dari sebuah perkampungan di daerah Satun. Dia yang membesar di Selatan Thailand mengambil keputusan berhijrah ke Shah Alam, Selangor. Keputusannya itu tidak sia-sia kerana tidak lama selepas itu dia bergelar seorang usahawan berjaya dalam bidang membekalkan peralatan aksesori rumah. Mungkin kerana dihambat urusan perniagaan, soal jodoh tidak menjadi keutamaan wanita berusia 48 tahun ini. BACA :  GADIS MELAYU SELFIE DADA BULAT UPLOAD DALAM FACEBOOK Namun, kesibukan itu tidak menghalang wanita yang selesa mengenakan pakaian jubah ini daripada mengikuti kuliah agama dan solat berjemaah di sebuah surau di Shah Alam. Situasi itu juga menemukan wanita bersuara lembut ini dengan seorang lelaki Nigeria bernama Suhaili yang bekerja sebagai pekerja kontrak berhampiran rumah Ro

Video: Pelajar Sekolah Berasmara Dalam Kelas Tersebar...

Sebuah video rakaman 3GP yang memaparkan dua pelajar berasmara dalam kelas tanpa segan silu,kelakuan tidak senonoh pasangan pelajar itu dipercayai berlaku di dalam bilik kelas mereka sendiri tersebar di laman sosial. Video berdurasi 4.41 minit itu memaparkan gelagat seorang pelajar perempuan yang hanya membiarkan teman lelakinya yang juga seorang pelajar ‘meramas’ bahagian dadanya tanpa sebarang bantahan diikuti dengan sedikit gelak ketawa. Bukan setakat itu, malah dua pelajar terbabit dilihat bercumbuan di hadapan rakan mereka tanpa sebarang rasa malu. Apa nak jadi dengan anak muda zaman ini? Di usia sebegini, sepatutnya mereka lebih fokus pada pembelajaran, bukannya sibuk menjalinkan hubungan cinta monyet yang tidak memberikan jamin kononnya ’till Jannah’. Barangkali, sudah tiba masanya pihak sekolah memasang alat perakam tersembunyi di setiap bilik kelas agar setiap gerak geri pelajar sekolah dapat dipantau selain dari membuatkan pelajar² liar sebegini melakukan perbuata

Gambar Panas Ustazah Mashitah Yang Memalukan Tersebar!

Memang agak payah sebenarnya jikalau sesebuah media penerbitan itu sudah tersilap cetak.Contohnya dalam gambar di bawah ini di mana pihak grafik mungkin secara tidak sengaja telah melakukan kesilapan dalam mengedit gambar Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim. [Gambar bawah] Nampak benar kejanggalan dalam gambar ini kan.Ini membuktikan bahawa pihak editor tidak melakukan penitian dalam kerja-kerja terakhir sebelum dicetak Diharapkan pihak yang terlibat akan lebih berhati-hati selepas ini supaya kesilapan mereka ini tidak lagi menjadi viral seperti gambar tersebut.-mynewshub.