Skip to main content

Video: Pesanan Azwan Ali Kepada Pengikutnya Yang Ingin Berbuka...




HANGAT, hangat jadinya apabila selebriti Azwan Ali terus bersikap biadap dengan memuat naik video menghina sebuah kafe yang menaja steak percuma kepada wanita yang dimakinya sebelum ini.

Menerusi rakaman video, adik kepada Menteri Besar Selangor, itu mengutuk kafe berkenan, Me’nate Steak Hub, sebagai tempat makan yang tiada class dan murah.

BACA : Kesian! Netizen Nak Tolong Tapi Dimaki Hamun Azwan Ali

Dengan nada angkuh, Azwan berpesan supaya tidak berbuka puasa di kafe berkenaan kerana murah berbanding di Hotel Mandarin atau hotel enam bintang yang lain.

“Helo uols, ingat pesanan truly diva AA, jangan berbuka di kedai binatang, berbuka lah di Mandarin Oriental ke, hotel 6 bintang ke, tak main berbuka di kedai murah ni, mintak kebulur, minta despedo, ho ho, eeee malunya,” katanya.



Sikap biadap Azwan itu tercetus apabila dia menerusi Twitter bertanyakan tempat yang menyediakan steak yang sedap untuk berbuka puasa.

Seorang pengikutnya, Nur Azira Wazi Azman membalas tweet itu dengan menjawab Me’nate.

Azwan mengamuk dan memaki wanita berkenaan dengan pelbagai gelaran memalukan kerana menyangka Me’nate itu bermaksud ‘binatang’ dalam dialek Kelantan.

Kontroversi itu diketahui pemilik Me’nate dan mempelawa wanita berkenaan dan keluarganya berbuka puasa secara percuma.

Setelah Diva AA mengetahui hal tersebut, terus dilemparkan Twit yang berunsur cacian kepada pemilik restoran berkenan.


Pemilik restoran Me’nate, Che Mustaffa Othman yang merupakan bekas tukang masak di Istana Buckingham dan berkhidmat untuk mendiang Puteri Diana dan Queen Elizabeth mengharapkan agar Diva AA berubah dan seakan memaafkannya.

“Takapalah, biarkan dia. Kita kena penuhkan hidup kita dengan orang-orang yang positif dan orang yang buat kita gembira. Abaikan orang-orang yang tidak memberikan kebaikan kepada hidup kita.

“Tapi saya berdoa agar suatu hari Allah buka pintu hati beliau untuk jadi insan yang lebih hebat”,” kata Che Mustaffa seperti dilaporkan sebuah portal.-MYNEWSHUB.CC

Comments

Popular posts from this blog

Wanita Berjubah Juga Tewas Di Tangan Negro

Hiasan NALURI setiap insan sememangnya mendambakan pasangan hidup untuk memenuhi keperluan zahir dan batin mereka. Perkara sama yang diharapkan Rozi Ali, seorang wanita Melayu Thailand yang berasal dari sebuah perkampungan di daerah Satun. Dia yang membesar di Selatan Thailand mengambil keputusan berhijrah ke Shah Alam, Selangor. Keputusannya itu tidak sia-sia kerana tidak lama selepas itu dia bergelar seorang usahawan berjaya dalam bidang membekalkan peralatan aksesori rumah. Mungkin kerana dihambat urusan perniagaan, soal jodoh tidak menjadi keutamaan wanita berusia 48 tahun ini. BACA :  GADIS MELAYU SELFIE DADA BULAT UPLOAD DALAM FACEBOOK Namun, kesibukan itu tidak menghalang wanita yang selesa mengenakan pakaian jubah ini daripada mengikuti kuliah agama dan solat berjemaah di sebuah surau di Shah Alam. Situasi itu juga menemukan wanita bersuara lembut ini dengan seorang lelaki Nigeria bernama Suhaili yang bekerja sebagai pekerja kontrak berhampiran rumah Ro

Video: Pelajar Sekolah Berasmara Dalam Kelas Tersebar...

Sebuah video rakaman 3GP yang memaparkan dua pelajar berasmara dalam kelas tanpa segan silu,kelakuan tidak senonoh pasangan pelajar itu dipercayai berlaku di dalam bilik kelas mereka sendiri tersebar di laman sosial. Video berdurasi 4.41 minit itu memaparkan gelagat seorang pelajar perempuan yang hanya membiarkan teman lelakinya yang juga seorang pelajar ‘meramas’ bahagian dadanya tanpa sebarang bantahan diikuti dengan sedikit gelak ketawa. Bukan setakat itu, malah dua pelajar terbabit dilihat bercumbuan di hadapan rakan mereka tanpa sebarang rasa malu. Apa nak jadi dengan anak muda zaman ini? Di usia sebegini, sepatutnya mereka lebih fokus pada pembelajaran, bukannya sibuk menjalinkan hubungan cinta monyet yang tidak memberikan jamin kononnya ’till Jannah’. Barangkali, sudah tiba masanya pihak sekolah memasang alat perakam tersembunyi di setiap bilik kelas agar setiap gerak geri pelajar sekolah dapat dipantau selain dari membuatkan pelajar² liar sebegini melakukan perbuata

Gambar Panas Ustazah Mashitah Yang Memalukan Tersebar!

Memang agak payah sebenarnya jikalau sesebuah media penerbitan itu sudah tersilap cetak.Contohnya dalam gambar di bawah ini di mana pihak grafik mungkin secara tidak sengaja telah melakukan kesilapan dalam mengedit gambar Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim. [Gambar bawah] Nampak benar kejanggalan dalam gambar ini kan.Ini membuktikan bahawa pihak editor tidak melakukan penitian dalam kerja-kerja terakhir sebelum dicetak Diharapkan pihak yang terlibat akan lebih berhati-hati selepas ini supaya kesilapan mereka ini tidak lagi menjadi viral seperti gambar tersebut.-mynewshub.