KUALA LUMPUR: MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu dikesan berada di perairan Kemboja.
Memetik Malaysian Digest, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memberitahu kapal tangki minyak yang berdaftar di Malaysia itu turut dicat semula dan diubah nama.
MT Orkim Harmony yang hilang pada Khamis lalu membawa 6,000 tan metrik petrol RON95 dipercayai dirompak lanun ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.
Comments
Post a Comment