China – Seorang pekerja pembinaan masih hidup meskipun kepalanya tertusuk dengan besi, dalam kes yang disifatkan doktor sebagai satu keajaiban.
Lelaki itu, Fang, 50, melalui pengalaman menakutkan selepas terjatuh di tapak pembinaan.
Besi berkenaan terpaksa dipotong oleh anggota bomba sebelum Fang dibawa ke hospital.
Nasib baik besi sepanjang 30 inci itu berjaya dikeluarkan dalam pembedahan yang mengambil masa selama sembilan jam.
Doktor juga mendapati sesuatu yang menakjubkan apabila tisu otak dan arteri ke bahagian otak tidak mengalami kerosakan.
Sebaik pembedahan selesai, Fang dibawa ke unit rawatan rapi untuk pemantauan.
Dan selepas sebulan kemalangan itu berlaku, Fang kembali sembuh dan dia sudah mampu berjalan, makan serta bercakap. – MYNEWSHUB.CC
Comments
Post a Comment