KUALA LUMPUR: Lapan warga Indonesia disyaki lanun yang merampas kapal kargo MT Orkim Harmony, ditemui di Pulau Tho Chu, Vietnam pada jam 6.30 pagi tadi.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata TLDM sedang menunggu pengesahan pihak berkuasa Vietnam.
"Pada 0630 hari ini, di Pulau Tho Chu di Vietnam ditemui lapan warga Indon dalam bot penyelamat yang mendakwa bot menangkap ikan mereka karam. Siasatan sedang dijalankan," katanya menerusi Twitter sebentar tadi.
GAMBAR lapan warga Indonesia disyaki lanun yang merampas kapal tangki MT Orkim Harmony ditemui di Pulau Tho Chu, Vietnam jam 6.30 pagi tadi. Gambar dimuat naik di laman Twitter Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, sebentar tadi. - Foto Ihsan Panglima TLDM
Comments
Post a Comment